Kesan Makan Mee Segera!



Mee 2 minit menjadi pilihan kebanyakan pelajar universiti kerana ia MUDAH, MURAH dan CEPAT untuk disediakan. Namun, harus kita ketahui bahawa tidak semua yang MUDAH, MURAH dan CEPAT itu baik untuk kita.


Sebelum mengetahui kesan memakan mee segera, kita seharusnya tahu apa kandungan yang terdapat pada sebungkus mee segera. Kotak di bawah adalah contoh (kotak seperti ini biasanya ditulis di bahagian belakang bungkusan mee segera) :

Maklumat pemakanan untuk saiz hidangan : 100 g (3.5 oz)
Tenaga 1,895 kJ (453 kcal)
karbohidrat 65 g
Serat 2.4 g
lemak 17 g saturated 7.6 g monounsaturated 6.5 g
Protein 9 g
Thiamine (Vit. B1) 0.7 mg (54%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.4 mg (27%)
Niacin (Vit. B3) 5.4 mg (36%)
Folate (Vit. B9) 147 μg (37%)
Iron 4.3 mg (34%)
Potassium 120 mg (3%)
Sodium 1160 mg (50%)
*satu saiz hidangan:80 g
*peratus adalah berdasarkan US recommendation untuk dewasa.


Ulasan berdasarkan maklumat pemakanan di atas:
Karbohidrat yang tinggi, rendah serat, vitamin dan mineral dan jumlah lemak tepu dan trans lemak yang tinggi.
Sebungkus mee segera tidak menepati nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Rujuk piramid makanan di bawah untuk mengetahui jumlah nutrisi yang diperlukan.




Sodium (garam) yang tinggi!
Berdasarkan Saranan Pengambilan Sodium Amerika Syarikat, jumlah sodium untuk orang dewasa dan kanak-kanak 4 tahun ke atas ialah 2,400mg/hari. Terdapat beberapa jenama melebihi 3,000 mg sodium per paket.

Sodium jika diambil secara berlebihan dan berterusan akan mengundang penyakit tekanan darah tinggi, masalah pada jantung dan kerosakan pada ginjal. Di dalam badan, sodium diproses di dalam ginjal. Walaubagaimanapun, apabila pengambilan sodium tinggi, ginjal tidak dapat memproses kesemua sodium. Disebabkan sodium menahan air, isipadu darah di dalam badan meningkat menyebabkan jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah.

Monosodium Glutamate (MSG)!
Sebungkus mee biasanya disertakan sepeket kecil perisa tambahan seperti perisa tomyam, kari, atau sup. Perisa tambahan ini mengandungi  Monosodium Glutamate(MSG) iaitu bahan kimia yang digunakan sebagai penambah rasa manis, masin, pahit atau masam.

Berdasarkan United States Food and Drug Administration (FDA), MSG adalah selamat jika diambil secara sederhana. Namun, jika berlebihan boleh menyebabkan “Simptom MSG kompleks” dan memburukkan lagi simptom asma. Simptom MSG kompleks adalah seperti pening,berpeluh, muka menjadi merah (blushing), sakit dada, lemah badan,t ekanan pada muka dan kebas pada muka, leher dan tempat-tempat lain. Namun begitu, pengkaji belum menjumpai bukti kaitan antara MSG dan simptom ini.

Wax(lilin)!
Ada satu fakta yang mungkin kita tidak tahu, mee segera tersebut biasanya disalut dengan lilin. Fungsi lilin ini adalah untuk mengelakkan mee tersebut dari melekat. Lilin ini mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk dinyahkan/dibuang dari badan. Oleh itu,cara yang terbaik untuk menyediakan mee tersebut ialah dengan :

1. Rebus mee di dalam air
2. Setelah masak, buang air tadi kerana telah bercampur dengan lilin(wax)
3. Rebus sekali lagi dengan air yang lain sehingga mendidih. Ketika ia benar-benar panas, anda boleh mencampurkannya dengan ramuan  yang anda inginkan.

Dioxin dan Bahan seperti Hormon!
Baru-baru ini timbul kontroversi mengatakan mee segera mengandungi dioxin dan bahan seperti hormone apabila diestrak dari pembungkus dan gam yang digunakan. Apabila air panas ditambah, ini mungkin menyebabkan bahan bahaya ini bercampur dengan kuah mee segera.

*Dioxin ialah kumpulan bahan pencemar terhasil daripada racun rumput,ubat pembasmi kuman dan ejen-ejen lain!

 Cadangan pemakanan/penyediaan!
1. Kurangkan pengambilan mee segera jika ia menjadi makanan rutin anda, cuba jarakkan 4-5 hari.
2. Masaklah dengan cara yang betul seperti yang dinyatakan di atas.
3. Tambahkan sayur-sayuran, daging, ayam, ikan atau telur. Ini penting supaya diet seimbang dapat dicapai.
4. Rajinkan diri untuk memasak makanan yang lebih berkhasiat
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

wah sekali lagi terima kasih atas info sebegini. Ini amat berguna terutama sekali bagi saya yang bertugas mengunakan shift hour. Info anda ini akan saya kongsikan dengan rakan-rakan saya yang lain

Reply

:-bd :-bd :-bd :-bd :-bd

Reply

thank yaou krana dengan maklumat ini saya dan rakan dapat menjalankan projek ICT kami di skola menangah....

Reply

kenapa banyak vitamin B, sebab dia nak tambah selera makan.

Reply

Post a Comment