Minyak Dagu!


Apa itu minyak dagu?
Sejauh mana keberkesanan minyak dagu?
Bagaimana cara penyediaan minyak dagu?

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha Penyayang.

 Jom ketahui cara penyediaan minyak dagu. Tujuan post ini bukanlah untuk mengajar anda membuat perkara yang salah. Tatacara penuh mengenai penyediaan minyak dagu ini hanya diketahui oleh pengamal ilmu hitam laknatullah.

Penggunaan minyak dagu untuk menundukkan/memiliki seseorang adalah sangat tidak munasabah. Mungkin jasad seseorang itu anda miliki namun pencinta sejati anda adalah jasad si mati. Manusia yang mengamalkan calit-mencalit minyak dagu ni adalah mereka yang sememangnya ahli neraka. Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat. Jom kita ketahui bagaimana cara penyediaan minyak dagu.

Bahan-bahan untuk menyediakan minyak dagu adalah seperti berikut:-
  • Minyak dagu perempuan yang mati mengandung yang mana masih terdapat janin didalamnya
  • 7 jenis abu mayat dari 7 tanah perkuburan
  • Minyak dagu kokang
  • Anjing hitam
  • mayat orang mati dibunuh secara kejam

Di dalam minyak dagu ni biasanya terdapat jin yang menumpang, hasil dari pemujaan terhadap minyak tersebut. Biasanya jika soalan yang diberikan, maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah Ya atau Tidak. Untuk mengetahui minyak dagu tersebut hidup, gantungkan pada tali dan sekiranya berpusing2, maka ia adalah hidup.

Minyak dagu juga mempunyai gred tersendiri. Yang paling hebat sekiranya diambil daripada mayat, kedua daripada beruk dan yang paling lemah sekali yang menggunakan anjing hitam.

Biasanya yang gred tinggi ni boleh didapati di utara semenanjung dan beberapa bahagian di negeri Siam. Banyak pantang larang untuk membawa minyak dagu ni, sebagai contoh si pembawa tak boleh melintas sungai atau menyeberangi lautan. Walhal, masa hujan sekalipun tak dibenarkan untuk membawa minyak dagu. Sekiranya minyak dagu tidak digunakan, maka ia akan disimpan didalam tanah bagi mengelakkan minyak dagu ini disambar petir.

Untuk mengenal pasti diri terkena minyak dagu adalah, bagi yang muslim, cuba bersolat, kalo susah nak bersolat seperti malas yang teramat sangat, itu adalah petanda. Selain tu, bagi yang bukan muslim, lihat pada cermin, sekiranya terlihat muka orang lain dalam cermin tersebut, itu adalah petanda terkena minyak dagu, dan akhir sekali sekiranya sering bermimpi bersetubuh dengan orang yang sama, itu juga petanda kepada terkena minyak dagu.

Untuk perubatan daripada minyak dagu ni, yang ditunjukkan adalah untuk menawarkan minyak dagu yang gred rendah untuk jangka pendek. Kalo yang gred tinggi, mungkin akan memakan masa yang lama.
  1. Mandi dan minum Air Kelapa
  2. Buang segala pemberian daripada pengamal minyak dagu
  3. Amalkan 70 kali surah An Nas setiap hari
  4. Baca Zikir sebanyak 100 kali setiap kali habis solat

Lailahaillah Wahdahu La Syariikalah Lahu Mulku Walahul Hamdu Wahua Ala Kulli Syai’in Qadiir

Untuk info lanjut mengenai kesan minyak dagu terhadap manusia, sila layari
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

3 Comments

Betul ke maklumat ni? ape2 pun terima kasih krna sgup berkongsi maklumat :))

Reply

Tapi kalau dah kena benda tue... mana la nak kuasa lagi nak zikir nak apa segala kan... apalagi yg gred satu....
bagis aya prevention is better than cure
amalkan ayat kursi, fahami maksud dia sebagai pendinding diri dari ilmu hitam....

Reply

Kenapa suruh org hindari perbuatan syirik tapi ajar org tentang cara penggunaan minyak dagu pulak? Dah lah ambik dari sumber yg haram. Kalo ko mati org lain pulak bakar jenazah ko utk dptkan minyak dagu, ko sudi tak? Susah payah nk gi gali kubur carik mayat, pantang lah ni lah tu lah, baik berdoa kpd Allah je!

Reply

Post a Comment