Perbezaan Dan Persamaan Halal Islam Dan Kosher Yahudi!

Assalamualaikum W.B.T!
Ada apa dengan Kosher yahudi?
Anda pernah dengar mengenai Kosher yahudi?

Semasa di bangku sekolah, ustaz saya berkata..
"Kalau kamu merantau ke luar negara nanti, jangan lupa, kena cari restoran atau tempat makan yang halal.. Wajib! Kalau tidak melihat logo halal di mana-mana, memadai kalau kamu mencari restoran yang diusahakan oleh orang melayu.. Tapi, memang susah nak cari.. Itu pun kalau ada.. Kalau tiada, carilah makanan yang ada logo atau perkataan Kosher .. Insyaallah, bersih.. Darurat la katakan.."


Kita semua sering mendengar perkataan Halal (حلال) atau pernah melihat logo-logo halal yang terdapat pada produk-produk makanan dan minuman yang kita beli sehari-hari. Dalam bahasa Inggeris dan Perancis, (Istilah Halal sudah rasmi diakui menjadi kata bahasa Inggeris dan Perancis) Halal diertikan terbatas dalam hal makanan sahaja. Namun dalam bahasa Arab dan dalam pengertian Islam, Halal bererti segala hal yang diperbolehkan menurut hukum Islam. Jadi Halal dalam pengertian Islam mencakupi dalam masalah perbuatan, perkataan, cara berpakaian, dan sebagainya.

Namun tahukah anda, dalam agama Judaisme terdapat juga aturan-aturan diet atau makanan yang tidak kurang dititik beratkan seperti mana Halal dalam Islam, yang disebut Kosher (dalam bahasa Inggeris dan Perancis) atau Kashrut (כַּשְרוּת) dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Walaupun terdapat kesamaan-kesamaan antara Halal dan Kosher, namun terdapat juga perbezaan-perbezaan yang signifikan antara Halal dan Kosher. Untuk mengetahui persamaan dan perbezaan antara Halal dan Kosher ini, mari kita mulai dengan membahas mengenai kedua dietary laws tersebut.


HALAL حلال

Dalam hukum Islam, Halal dalam makanan bukan saja menyangkut apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan, tetapi juga menyangkut prasyarat binatang yang akan disembelih, cara menyembelih, ritual penyembelihan, persiapan makanan sebelum dihidangkan, dan lain-lain. Dalam mempersiapkan makanan yang halal, hal-hal yang harus diperhatikan adalah :

  • Binatang harus hidup dan sihat pada waktu penyembelihan.
  • Binatang yang disembelih harus binatang yang Halal untuk dimakan.
  • Semua darah harus dikeluarkan daripada badan binatang setelah disembelih.
  • Yang harus menyembelih adalah seorang Muslim.
  • Penyembelihan harus dengan pisau yang sangat tajam dan harus sekali sembelih.
  • Menyebutkan ‘Bismillah’ atau nama Allah setiap kali akan menyembelih.
  • Dalam menyimpan makanan halal, tidak boleh bercampur dengan makanan yang haram kerana akan menjadi haram.


 KOSHER כַּשְרוּת

Dalam Kosher Yahudi, peraturan-peraturan umumnya adalah sebagai berikut:


  • Binatang yang disembelih harus binatang yang Kosher (yang diperbolehkan dalam hukum makanan Yahudi).
  • Seperti halnya dalam Halal, dalam Kosher binatang yang disembelih harus dalam keadaan hidup dan sihat pada waktu ianya disembelih.
  • Darah daripada binatang yang disembelih harus dikeluarkan juga.
  • Namun demikian, dalam Kosher ada beberapa bahagian daripada binatang yang tidak boleh dimakan.
  • Pengucapan nama Tuhan (seperti ‘Bismillah’ dalam agama Islam) cukup sehari sekali untuk seluruh binatang yang akan disembelih pada hari tersebut.
  • Dalam Kosher, daging dan susu (juga produk-produk yang dibuat daripada susu seperti keju, mentega, dan lain-lain) tidak boleh dicampur, baik dalam penyimpanannya mahupun pada waktu memakannya. Jadi makanan seperti cheeseburger adalah tidak Kosher (tidak boleh) menurut agama Yahudi. (Beberapa fahaman Yahudi yang lain ada yang tidak membolehkan ikan dicampur dengan daging).
  • Produk-produk anggur yang tidak dibuat oleh orang Yahudi tidak boleh dimakan.


PERBANDINGAN HALAL ISLAM DAN KOSHER YAHUDI


•Dalam Islam larangan menggunakan binatang non-Halal (haram) seperti babi, bukan hanya berlaku pada makanan saja, tapi juga produk-produk lain hasil daripada binatang tersebut misalnya insulin daripada babi juga adalah haram. Sedangkan dalam agama Yahudi, larangan penggunaan binatang non-Kosher hanya terbatas pada makanan sahaja, sedangkan untuk yang tidak dimakan seperti insulin hasil daripada babi, adalah dibolehkan.

•Merokok dalam Islam masih terjadi dualisme. Sebahagian ulama mengklasifikasikan sebagai makruh, namun semakin banyak ulama yang mempercayai bahawa merokok itu haram kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada diri! Dalam Islam, sesuatu yang memudaratkan tubuh itu tidak boleh (haram), ini didasarkan pada ayat al-Quran :
وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ 
QS (2:195) Ertinya : “Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.”
Sedangkan menurut agama Yahudi, pada dasarnya tidak ada masalah dengan merokok, hanya beberapa fahaman Yahudi yang Orthodoks yang tidak membolehkan merokok.



•Dalam agama Islam, binatang-binatang haram seperti babi menjadi Halal jika kita tidak mempunyai pilihan lain atau tidak ada makanan lain dalam keadaan darurat. Hal ini untuk menjaga kelangsungan hidup atau jiwa manusia pemberian Allah yang sangat berharga tersebut. Hal ini disebutkan dalam ayat al-Quran berikut ini :
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللّهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلاَ عَادٍ فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

QS (2:173) Ertinya : “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang (yang ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Sedangkan dalam agama Yahudi tidak ada pengecualian, mereka tetap dilarang daripada memakan babi walau macam mana keadaan mereka sekalipun.





ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

2 Comments

ilmu yang sangat berguna,terima kasih atas perkongsian ini :D

Reply

Post a Comment