Persoalan Mengenai Bacaan Al-Fatihah Dalam Solat!

Kita kadang-kadang tertanya-tanya mengenai adakah sah solat kita dengan pembacaan Surah Al-Fatihah  yang dirasakan tidak betul. Adakalanya persoalan yang timbul agak mengelirukan. Sebagai contoh seorang individu telah bertanya, adakah ketika kita menjadi maklum, bacaan Surah Al-Fatihah kita ditanggung oleh Imam. Semestinya tidak, kerana Surah Al-Fatihah adalah rukun wajib dalam solat. Jom ikuti soal jawab berkaitan dengan permasalahan ini di bawah.


Persoalan :

1. Saya ingin bertanya mengenai pembacaan surah Al-Fatihah di dalam sembahyang bagi sembahyang berjemaah. Semasa berkursus haji di Rantau Panjang, Klang baru-baru ini, penceramah yg bertanggungjawab ada memberitahu semasa sembahyang berjemaah, pembacaan Al-Fatihah makmum adalah ditanggung oleh imam dan makmum dibolehkan untuk tidak membaca Al-Fatihah sebaliknya hanya mendengar pembacaan imam. Adakah ini benar?

2. Semasa sembahyang berjemaah, di waktu bila makmum dibolehkan untuk mula membaca surah Al-Fatihah? Adakah mesti selepas imam habis membaca Al-Fatihah atau dibolehkan makmum membaca Fatihah semasa imam sedang membaca Fatihah dengan syarat tidak mendahului pembacaan imam.

3. Adakah seorang makmum wajib untuk menghabiskan bacaan surah Al-Fatihahnya di mana jikalau dia tidak masbu’ (terlewat)?. Bagaimana jika imam sudah rukuk tetapi bacaan Al-Fatihah makmum belum selesai?. 
Adakah makmum dibolehkan untuk terus rukuk tanpa pelrlu menghabiskan bacaan Fatihahnya atau wajib untuk menghabiskan bacaan Fatihahnya kemudian baru rukuk?. Kerana kita selalu berhadapan dengan keadaan di mana imam membaca surah yang pendek seperti surah Al-Ikhlas contohnya semasa rakaat kedua di dalam sembahyang tarawih.

4. Pada waktu bila rakaat seorang makmum dikira?. Adakah semasa dia rukuk bersama imam atau semasa sujud?.

Di harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan . Terima kasih. Assalammualaikum..

Jawapan :

1. Tidak benar kerana membaca Al-Fatihah adalah rukun dalam solat makmun mestilah membaca fatihah agar solat yang dilaksanakan itu sah.

2. Kedua-dua keadaan yang disebutkan dibolehkan.

3. Ya, makmun wajib habiskan bacaan fatihahnya walaupun imam sudah rukuk. Makmun hendaklah menghabiskan bacaan Al-Fatihah ketika imam membaca fatihah bagi mengelakkkan makmun tidak sempat habis fatihahnya sewaktu imam rukuk.

4. Rakaat makmun dikira apabila makmun sempat rukuk dan tama’ninah bersama imam.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment