Mengapa Zakat Penting Kepada Orang Islam!

Kita dituntut untuk mengeluar zakat jika mencukupi syaratnya. Namun masih ramai lagi yang tidak faham mengenai kepentingan dan kelebihan dalam berzakat dalam Islam ini.

Mengapa Zakat Penting Kepada Orang Islam? Sebagai satu perumpaan harta itu kotor, zakat yang membersihkannya. Demikian sejatinya ungkapan yang harus dimiliki oleh seorang muslim. Ungkapan ini sebenarnya tidaklah terlalu berlebihan, apatah lagi mengingat konsep zakat yang memiliki tujuan untuk membersihkan harta dan mensucikan jiwa, seperti dalam firman Allah SWT:

“Ambillah zakat itu dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan (harta) dan mensucikan (jiwa) mereka” (QS. At-taubah : 103)


Hak Fakir dan Yatim Untuk Membersihkan Diri
Ayat ini telah menegaskan begitu pentingnya erti zakat bagi mereka yang memenuhi kategori wajib zakat, iaitu para hartawan yang menginginkan harta yang bersih dan jiwa yang suci, sehingga hidup menjadi berkat. Kerana zakat sebagai ibadah maaliyah ijtimaiyah (ibadah yang terkait dengan harta dan jiwa sosial yang dimiliki) adalah satu-satunya cara untuk membersihkan harta dari segala kekotoran yang menghinggapinya. Maka dari itu, tidak dapat ditawar-tawar lagi, zakat adalah perintah Allah yang mutlak harus dipenuhi.

Ertinya, 2,5% dari harta (penghasilan) yang diperoleh secara rutin adalah hak orang lain samada harta itu daripada gaji, komisen, bonus dan lain-lain, yang memenuhi nisab zakat. Itulah yang dimaksud Zakat Penghasilan (Profesi). Allah SWT menegaskan dalam firmannya:

“Dan pada harta-harta mereka terdapat hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian (yang tidak meminta).” (QS. Adz-Dzaariyaat : 19)

Kalau dihitung secara matematik pun, bererti masih ada 97,5% dari penghasilan yang diperoleh. Nilai inilah yang boleh digunakan sepenuhnya. Jumlah ini masih sangat besar. Walaupun secara matematik jumlahnya berkurang tetapi nilai di sebaliknya bertambah, kerana keuntungan yang diperoleh akan jauh lebih besar. Mengapa demikian? Kerana harta itu akan menjadi bersih, kemudian berkat, lalu tumbuh dan berkembang, sebagaimana erti dari zakat itu, yang berasal dari kata”Zaka”, iaitu : Tumbuh dan Berkembang. Bukankah setiap orang menginginkan harta yang berkat, sehingga hidupnya senang, mudah, tenteram serta terlindung dari kegelisahan dan kekhuatiran.

Sayangnya, tidak semua orang mengetahui erti pentingnya zakat ini. Kalau pun ada sebahagian yang mengetahui, belum tentu orang-orang yang mengetahui erti pentingnya zakat ini, mahu untuk menunaikan zakatnya secara konsisten dan teratur. Mungkin kerana rendahnya pemahaman atau dangkalnya iman mereka.

Bagi mereka yang rendah imannya serta dangkal pemahamannya, bila mendengar perintah ‘zakat’, pasti akan sangat mengerikan dan dirasakan sebagai bahaya yang akan merosak ekonomi mereka dan mengurangi harta yang telah mereka peroleh dengan susah payah. Mereka akan sentiasa berupaya mencari cara agar tidak perlu berzakat dan masuk dalam kelompok orang yang tidak wajib zakat, dengan bebagai dalih dan alasan.

Mereka mengutarakan keperluan hidup mereka yang begitu banyak, mulai dari keperluan makan yang mewah, pakaian yang bagus, rumah besar, kendaraan mewah, jalan-jalan keluar negeri, dan keperluan-keperluan mewah lainnya yang sentiasa harus dipenuhi dan selalu dirasakan belum cukup. Apalagi bila harus dikurangi dengan berzakat. Kerana bila harus mengeluarkan zakat, apalagi harus berinfaq dan bersedekah, pasti keperluan hidup akan semakin tidak tercukupi. Harta yang diperoleh akan sentiasa dirasakan tidak cukup..tidak cukup..dan tidak cukup.

Lain halnya dengan orang-orang yang kuat keimanannya, mereka justeru menikmati indahnya ibadah bernama zakat ini, bahkan mereka menambah ibadah maaliyah ijtimaiyyah ini dengan memperbanyak sedekah, kerana mereka meyakini, sedekah yang mereka keluarkan tidak akan mengurangi harta mereka. Rasulullah SAW bersabda dalam salah satu hadis sahihnya dalam kitab Riyadhus shalihin:

Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW mengatakan tidak akan berkurang harta kerana sedekah (HR. Muslim).

Sebuah kisah yang penuh dengan keagungan dalam menjalankan ibadah maaliyah ijtimaiyyah ini adalah kisah seorang tabi’in benama Uwais Al-Qorni. Walaupun hidupnya miskin, dengan pakaian yang penuh tampalan dan bekerja hanya sebagai penggembala, tetapi Uwais mengatakan : Aku ini adalah penggembala dengan gaji 4 dirham, tapi semuanya tidak masuk ke perutku. Ini kerana setiap kali Uwais menerima gaji, saat itu juga dia mengeluarkan sedekahnya untuk fakir miskin. Dalam sejarah kehidupan Uwais juga tercatat, dia makan makanan yang diambil dari tempat sampah, setelah dibersihkan, lalu dibelahnya menjadi dua (2) bahagian. Yang separuh dimakan dan sisanya disedekahkan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

Post a Comment