1

Saya berharap gambar-gambar ini akan mampu membawa mesej bagi sesiapa yang melihatnya. Gambar-gambar ini menceritakan kepada kita tentang bagaimana penderitaan para penyandang penyakit AIDS yang sehingga kini belum juga di dapati ubatnya. Penyakit yang mengakibatkan penurunan daya tahan tubuh ini lebih banyak di sebabkan oleh hubungan seks bebas. Penggunaan jarum suntikan yang tercemar oleh virus HIV juga menjadi penyebab berikutnya. Semuanya berpunca dari penyelewengan seseorang dari landasan hidup yang benar.

Dalam Gambar-Gambar ini kelihatan mereka begitu menderita dengan penyakit yang menimpanya. Mereka kelihatan putus asa, marah dan tidak tahu harus berbuat apa untuk lari dari penyakit yang menggerogotinya. Hanya raut penyesalan yang tampak di wajah mereka.

Siapapun berpotensi untuk dijangkiti penyakit ini lebih-lebih mereka yang suka melakukan seks bebas dan penggunaan ubat terlarang dengan jarum suntik.

Sebelum semuanya terjadi, mulalah berfikir seribu kali jika terselit di dalam hati untuk melakukan hubungan seks bukan dengan pasangan yang sah atau menggunakan dadah. Ingat mencegah adalah sebuah hal yang lebih mudah untuk kita lakukan, sedangkan menyembuhkan adalah perkara yang lebih sukar untuk dapat dilakukan, kegagalan daripada usaha pemulihan adalah kematian. Ada banyak hal yang jauh lebih baik untuk boleh kita lakukan daripada memenuhi nikmat sesaat yang akan membawa penderitaan sampai akhirat























"BUAT DUIT RAYA DI BULAN RAMADHAN DAN SAMBIL BERSEMBANG MESRA DI HARI RAYA. TEMPAT TERHAD"
TERBARU!!! WOW!!! SAYA PUN MAHU HIBAH 15% - 30% SETIAP MINGGU DENGAN FORMULA HEBAT PAKAR ANTARABANGSA KINI DI MALAYSIA
SELUAR DALAM BIO MAGNET - Cara Mudah Merawat Masalah & Fungsi Seksual Lelaki
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Post a Comment Blogger

  1. inilah impak kepada manusia yang melanggar perintah Allah SWT...ia memang ternyata seburuk buruk jalan kepada mereka yang berzina ini...

    ReplyDelete

 
Top