KENALI JENIS BENTUK BADAN WANITA!

Bentuk tubuh badan anda di waktu ini sebenarnya bergantung pada faktor keturunan, tabiat pemakanan dan aktiviti harian. Pengaruh keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan bentuk tubuh yang anda ada sekarang, tetapi, anda masih boleh mengubahnya mengikut bentuk tubuh yang anda inginkan melalui pengetahuan, makanan, senaman yang baik untuk pembentukan dan kesihatannya.

Ramai yang melakukan pembentukan semula melalui senaman kardio dan angkat berat tetapi perlu diingatkan, ianya bukanlah perkara yang mudah maka disarankan anda meminta bantuan professional dan pakar untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar yang betul.

JOM kenal pasti jenis bentuk badan anda!


HOURGLASS
Bentuk tubuh : Berada di tengah-tengah di antara pir dan epal. Tidak kurus dan tidak gemuk. Mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha kelihatan berotot dan kuat.

Risiko : Berisiko mendapat tiroid. Ini kerana mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi sukar untuk menurunkannya. Mudah diserang tekanan, sukar tidur dan banyak lagi.

Isu sihat : Mudah berasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Ketahuilah setiap kali anda tertekan hati anda akan membebaskan lemak ke saluran darah anda. Cubalah sentiasa untuk hidup riang.

PISANG
Bentuk tubuh : Memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk tubuh seperti lelaki (kurus sahaja). Bentuk badan seperti pisang sering dicemburui oleh teman-teman sekeliling.

Risiko : Risiko untuk mendapat penyakit jantung, diabetes dan kanser payudara adalah RENDAH. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai banyak lemak berbanding otot anda tetap berisiko.

Isu sihat : Mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil akan menggangu proses ovulisasi dan juga kesuburan. Oleh itu, rancang pelan keluarga sebaik anda mencecah 30. Rangka tubuh yang kecil dan tahap BMI yang rendah meningkatkan risiko mendapat penyakit osteoprosis. Jadi perlu bersenam selalu dan banyakkan pengambilan kalsium.

PEAR
Bentuk badan : Bahagian dada kecil dan pinggang ramping. Badan dikatakan seperti duyung. Mempunyai pinggang,punggung dan paha yang agak besar.

Risiko : Lemak bahagian punggung dan paha tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan diabetes. Jadi jangan tambah kerisauan pada pasangan yang anda risau tentang saiz punggung yang lebar.

Isu sihat : Dengan lebihan lemak bahagian bawah tubuh anda, bentuk pir ini mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah (varicose vein) dan lebihan air pada buku lali dan kaki. Mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang meningkatkan risiko serangan kanser payudara.

EPAL
Bentuk badan : Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki langsing.

Risiko : Keseimbangan antara hormon seksual (testosteron dan estrogen) dan hormon tekanan (serotonin dan 'dopamine') mungkin menjadi penyebab terkumpulnya lemak di bahagian pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin terjadi seperti ini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah, terlalu sedikt melakukan aktiviti dan juga mungkin terlalu banyak mengambil alkohol.

Isu kesihatan : Apabila anda mengalami kenaikan berat badan tertumpu kepada bahagian yang merbahaya. Lebihan lemak(visceral) ini terbina di bawah kulit. Jika tidak terkawal mampu meningkatkan kolestrol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian terhadap kolestrol dalam darah, gula darah dan tekanan darah. Tindakan ini mampu mengelakkan risiko penyakit jantung, diabetes dan angin ahmar.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment