TIDURI 30 LELAKI KENALAN FACEBOOK!

Gambar Sekadar Hiasan.

RELA DITIDURI 30 LELAKI KENALAN FACEBOOK | Usianya baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenali di facebook. 

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. 

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. 

Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. 

Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. 

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. 

Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. 

Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. 

Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.


Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. 

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. 

Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini. 

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. 

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

Salam, apa yang sedap kat dunia.. sakit kat akhirat .. macam mana nak sedap kat dunia dan sedap kat akhirat? jage diri, jage maruah, beriman kepada Allah, Sentiasa jage solat, sentiasa mengucap istigfar, sentiasa merasakan diri penuh dosa, sentiasa memohon keampunan, sentiasa bertaubat, sentiasa berdoa supaya terhindar perkara2 yang lagha, kita manusia baru duduk di bumi sudah berlagak, berlagak dengan Pencipta kita, Sombong dengan Pencipta kita, Merasakan diri kita ni kuat untuk menghadapi azab siksa disana, pernahkah anda terfikir, azab apa yg anda akan terima disana? pernahkah anda terfikir jasad anda milik siapa? pernahkah anda terfikir siapa yang menghidupkan anda? pernahkah anda terfikir anda hanya menumpang di bumi Allah.. tapi kenapa anda masih bongkak? kenapa anda masih berlagak dengan Allah.. sudah kuat kah anda untuk hadapi azab siksa Nya.. sudah kuat kah.. ingat lah sesungguhnya azab siksa neraka itu benar.. jangan sampai da kena baru nak ternganga. Wasalam

Reply

Jangan jadi bodohlah seko seko perempuan jadi mcm tu sebab dia tak takut apa2 kalau kantoi boleh buat rpt rogol sedap dapat tengkuk pun boleh lepas,nak takut apa bkn kena kat perempuan satu jantan masuk penjara berlambak lagi jantan lain boleh cari nilah perangai perempuan ni lagak mcm malaikat tapi perangai mcm syaitan

Reply

Post a Comment