BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK!




KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhenti merokok. Tetapi, tahukah anda rokok elektronik sebenarnya tidaklah begitu bagus untuk diamalkan?

VIENNA 4 Sept. - Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.

Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya.



Responses

25 Respones to " BAHAYA ROKOK ELEKTRONIK! "

Anonymous said...

rokok elektronik pon bahaya....
dah tu rokok yg betul tu bagus ke?????


January 23, 2013 at 4:51 AM
Anonymous said...

yelah kalau semua hisap rokok ni mana kerajaan nak dapat duit bayar gaji.. benda ni tak ada cukai.


January 23, 2013 at 10:51 PM
Anonymous said...

yelah kalau semua hisap rokok ni habislah kerajaan mana nak bayar gaji orang-orang kerajaan. rokok ni tak ada cukai cuba kau pikir..


January 23, 2013 at 10:52 PM
Anonymous said...

makna nya... bukan la bahaya cuma tak masyukkkkk......


January 24, 2013 at 12:46 AM
Mohammad Benjamin said...

memag betol ni sume politik... mane nak dpt cukai kalau sume dah hisap rokok ni.. jimat 90% kot duit kocek


January 25, 2013 at 8:47 PM
Anonymous said...

orang kerja kerajaan tidak sedar duit cukai rokok dan arak itu haram.lol


January 26, 2013 at 6:29 PM
Anonymous said...

rokok betul xbahaya? xkena sakit paru2? jantung?fuk


January 27, 2013 at 1:52 PM
Anonymous said...

pulak dah,rokok betoi kurang bahaya? hat ni bahaya? semua ni logic goverment ja,haha


January 27, 2013 at 4:50 PM
ahlang said...

senang ckp...sumer yg xder cukai...XBAGUS...HARAM...DAN XBERGUNA UNTUK RAKYAT...KECUALI...MENDER3 YG ADER CUKAI SAHAJA YG BAIK DAN BEGUNA UTK RAKYAT


January 28, 2013 at 3:20 AM
Anonymous said...

INI SEMUA
▒█▀▀█ ▒█▀▀▀█ ▒█░░▒█ ▒█▀▀▀█
▒█▄▄█ ▒█░░▒█ ▒█▄▄▄█ ▒█░░▒█
▒█░░░ ▒█▄▄▄█ ░░▒█░░ ▒█▄▄▄█


January 28, 2013 at 9:11 AM
Anonymous said...

This person is paid by Big Pharma to regurgitate anti vaping propaganda. She is nothing more than a shill for corporations who are losing money to people who will not accept their drugs for smoking cessation.


January 28, 2013 at 10:24 AM
Anonymous said...

Kerajaan Malaysia sanggup tgk rakyatnya mati lagi daripada kerajaan x dapat duit... kerajaan yang zalim cam ni korang nak undi?? sudah2 la rakyat2 malaysia sekalian...


February 3, 2013 at 6:10 AM
Mohd Aizat said...

amaran oleh kerajaan malaysia merokok membahayakan kesihatan..?tapi harus beli sebb ada cukai..hahhaaaaaa..rokok eloktronik xde cukai so jgn beli walau pon kurang bahaya..lawak rosmah ke ape ni..?
BN=Barang Naik
PR=Penyelamat Rakyat
Korang renung2 kan lah sebelum mengundi pr13 ni..!!


February 3, 2013 at 6:54 PM
Anonymous said...

Penyelamat Rakyat? wakakaka.. Sumpah kelaka.


February 4, 2013 at 2:04 AM
Baik punya said...

Rokok elektronik..merbahayakan kesihatan Kerajaan Malaysia


February 4, 2013 at 7:26 PM
arisha cikibel said...

smua rokok adalah merbahaya,,,berhenti merokok adalah amalan terbaik untok kesihatan anda,,,,,hhahaha saya tak merokok,,katakan tidak pada rokok,,,,,


February 6, 2013 at 3:11 PM
arisha cikibel said...

merokok merbahayakan kesihatan,,katakan tidak pada rokok,,walopon rokok letronik bahaya nya adalah sama


February 6, 2013 at 3:13 PM
Anonymous said...

:) :( ;) :D ;;-) :-/ :x :P :-* =(( :-O X( :7 B-) :-S #:-S 7:) :(( :)) :| /:) =)) O:-) :-B =; :-c :)] ~X( :-h :-t 8-7 I-) 8-| L-) :-a :-$ [-( :O) 8-} 2:-P (:| =P~ :-? #-o =D7 :-SS @-) :^o :-w 7:P 2):) X_X :!! \m/ :-q :-bd ^#(^ :ar! haha cute sangat,.. >_<


March 12, 2013 at 1:28 AM
Joe Selamanya said...

pebenda la korang mengarut nie....ni sumber selidik dari negara luar la,,kenapa nak marah2 kerajaan malaysia yang takde kena mengena langsung dalam hal ni..nampak sgt anti-kerajaan..korang mmg la tak dapat kerja ngn kerajaan sebb bangang masa belajar kat sekolah kerajaan dulu..tp oke la masih lagi hidup bawah naungan kerajaan malaysia,,


March 19, 2013 at 2:33 PM
Anonymous said...

Lebih baik berhenti merokok :),
Krna Merokok hnya membazirkn wang , masa dn nyawa...
Sekian, Harap Maklum


March 26, 2013 at 3:10 AM
Anonymous said...

Lebih baik berhenti merokok :),
Krna Merokok hnya membazirkn wang , masa dn nyawa...
Sekian, Harap Maklum


March 26, 2013 at 3:12 AM
Anonymous said...

Owg yg post artikal nie mmg layak kene penampo! Bodo tahap gaban... terang2 yag dia list kan tu sikit sgt.. buat le perbandingan dgn ROKOK tembakau tu BODO! Tak tau ke ramai isteri2 dah senyum lebar pasal rumah tak berbau rokok..?! second smoker tak terancam sepertimana Rokok tembakau... Senaraikanlah jumlah kematian disebabkan rokok elektronik.... gerun gak aku dgr... tarak kan...?! ... fakta tak bertapis dgn akal... Jibaung jamban betul!! Kalau pun konon kau prihatan... penyelamat lah konon nya... Baik ko buat saranan agar semua org berenti SEMUA jenis ROKOK!! hehehe(Good luck!)


March 31, 2013 at 1:02 PM
Anonymous said...

Hisap Ganja la selamat!! hahahaha bodo la korang!


March 31, 2013 at 1:05 PM
Hantu Pocong said...

isap dada la baru best,hahaha


April 6, 2013 at 7:55 AM

Post a Comment

MOHON PENCERAHAN DARI ANDA YANG BERILMU MENGENAI ISU YANG DI ULASKAN INI.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA DI MAZEERMOHAMAD.COM

 

HOT MINGGUAN

HOT BULANAN

SEGALA BAHAN YANG DIAMBIL DARI LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA BENAR DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG INFORMASI YANG TELAH DIPLAGIAT DARI LAMAN INI SEKIRANYA TERDAPAT PERCANGGAHAN DARI CERITA ASAL. SEGALA BAHAN DARI LAMAN INI BOLEH DIPADAM BILA-BILA MASA SAHAJA. MAZEERMOHAMAD.COM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN BERTERUSAN ANDA.
Return to top of page Copyright © 2010 | By MazeerMohamad