CARA MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN!


TIPS MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN | Rakyat malaysia khususnya begitu mengambil berat mengenai makanan yang mereka beli pada hari ini. Tetapi, pernahkah anda terfikir bahawa setiap bar kod pada produk makanan mewakili negara asal yang menjadi pengeluar?

Di sini, kita akan memberi sedikit tutorial mengenai bagaimana nak membaca bar kod pada produk makanan.

TUTORIAL MEMBACA BAR KOD PADA PRODUK MAKANAN

Sentiasalah membaca label pada produk makanan yang anda beli. Apapun yang produk makanan itu hebahkan, pastikan anda belek depan belakang dan baca setiap label terutama kandungan nutrisi pada makanan dan label HALAL pada produk makanan yang anda ingin beli.

Sekarang ini, terlalu banyak produk makanan dari negara luar khususnya China menembusi pasaran Malaysia dan status keselamatan produk makanan dari negara terbabit masih menjadi tanda tanya.

SEKARANG INI, PENGELUAR PRODUK MAKANAN CHINA SUDAH MENGETAHUI YANG RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA TIDAK MENYUKAI PRODUK "MADE IN CHINA" JADI MEREKA TIDAK AKAN MELABEL DARI MANA PRODUK MAKANAN TERBABIT DIKELUARKAN.

Dunia sekarang begitu mengambil berat mengenai isu GMO (Genetically Modified Organism) dan haiwan yang diberi makan makanan steroid yang membolehkan hasil tuai yang cepat dapat dilaksanakan.

Oleh itu, adalah sangat penting kita mempelajari teknik membaca bar kod agar kita hidup aman sentosa dan dijauhi dari semua jenis bahaya produk makanan yang boleh membawa penyakit dan kematian.

Jika 3 digit pertama menunjukkan 690, 691 atau 692, produk makanan terbabit berasal dari China.

471 adalah buatan Taiwan,

Jika bar kod menunjukkan 00-09 ia merupakan buatan atau dikeluarkan oleh USA.

Ia merupakan hak kita untuk ambil tahu.

Sekarang, anda bolehlah merujuk kepada bar kod dan ingat setiap tiga digit pertama ini ;


890 : MADE IN INDIA
690, 691, 692 : MADE IN CHINA
00 - 09 : USA and CANADA
30 - 37 : FRANCE
40 - 44 : GERMANY
471 : TAIWAN
49 : JAPAN
50 : UK

ENGLISH VERSION : HOW TO READ BAR CODES!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

3 Comments

Post a Comment