0

LAGI KES KENDURI ROGOL BERAMAI-RAMAI BERLAKU DI INDIA | New Delhi : India dikejutkan lagi dengan kes rogol beramai-ramai. Kejadian ini berlaku seminggu selepas kes rogol dan bunuh melibatkan seorang pelajar perubatan di bandar itu, hingga membangkitkan gelombang kemarahan penduduknya.

Mangsa terbaru ini adaklah seorang wanita yang telah berkahwin dan berusia 29 tahun.

Dia diculik dan dibawa menaiki bas ke sebuah kawasan sebelum dirogol beramai-ramai. Wanita itu kemudiannya ditinggalkan berhampiran kampung mertuanya, di Punjab, keesokan harinya.

Berikutan itu, enam orang sudah ditangkap dan dalam siasatan awal yang dijalankan, suspek mengaku melakukan jenayah berkenaan.

Bagaimanapun suspek ketujuh masih bebas dan usaha memburunya kini giat dijalankan.
Antara suspek yang ditangkap ialah pemandu bas dan kelindannya.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dirogol.

Dalam pada itu, kumpulan pembangkang telah mengkritik polis kerana gagal melaksanakan pemeriksaan ketat terhadap pemandu bas di negara itu.

“Kejadian ini berlaku kerana pihak polis tidak sensitif dan tegas terhadap insiden serangan seks melibatkan wanita walaupun kes rogol dan bunuh pelajar perubatan di New Delhi pada 16 Disember lalu telah mengejutkan seluruh negara,” kata salah seorang wakil pembangkang.
"BUAT DUIT RAYA DI BULAN RAMADHAN DAN SAMBIL BERSEMBANG MESRA DI HARI RAYA. TEMPAT TERHAD"
TERBARU!!! WOW!!! SAYA PUN MAHU HIBAH 15% - 30% SETIAP MINGGU DENGAN FORMULA HEBAT PAKAR ANTARABANGSA KINI DI MALAYSIA
SELUAR DALAM BIO MAGNET - Cara Mudah Merawat Masalah & Fungsi Seksual Lelaki
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Post a Comment Blogger

 
Top