ISU LISTEN LISTEN LISTEN!


TREND LISTEN LISTEN LISTEN | Nampak gayanya ramai yang mengambil isu Listen ni sebagai isu yang berat disebabkan hak bersuara disekat, apa guna kalau buat forum tapi hak untuk berhujah disekat? 

Agaknya dulu memang tak pernah masuk debat, dari sekolah menengah lagi setiap kali berdebat pasti ada pihak Kerajaan dan Pembangkang, tapi kenapa sekarang bila hujah si pembangkang,akan ditapis oleh so call pro kerajaan?

Let me speak. 

Berforum tapi tak kena gaya.

Siapa dia Sharifah Zohra Jabeen nie?

Video 24-minit menunjukkan yang penceramah - Sharifah Zohra Jabeen iaitu presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M dan KIMMA .

Forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan Politik? '(Adakah graduan dan politik sejajar?) Telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah pada 8 Dis.



Berdasarkan video di atas, dia seorang yang ada degree dan merupakan seorang lecturer.. Oh wait? Lecturer?

Setahu aku lecturer yang ada degree hanya boleh mengajar di Kolej bukan di Universiti, kalau pun di Universiti, mungkin Uni swasta tak pun jadi Tutor sahaja.


Cara percakapan yang agak biadap dengan menjatuhkan maruah seseorang di depan khalayak ramai adalah sangat memalukan, jika minta untuk dihormati bukanlah dengan begitu caranya, respect is something that you earn, not by asking, anda malukan seorang pelajar, jutaan rakyat malukan anda.

Lain yang ditanya, ditujukan fakta, tapi bila menjawab, lebih hebat dari seorang doktor veterinarian, siap ceritakan lagi masalah kucing, anjing, ikan, jaws (binatang apa nie? kah kah kah).

Rasanya lebih sesuai kalau si Sharifah ini mengantikan tempat Steve Irwin dan mengacarakan Animal Planets.

Setakat Ini ramai juga yang mengambil kesempatan untuk promote Listen Listen Listen nie, antaranya Nandos, Logitech dan sampai nak print out baju untuk tempahan.

Logitech

Ini aku tak tahu lah kenapa, kalau dah "Kepala" pun jenis tak boleh ditegur, tambahlah anak-anak buah, sangat biadap cara jawapan dari admin page SW1M tu.


Nandos kata ayam diorang takde masalah pun, tak perlu laporkan kepada si Sharifah, hahaha!


Ada jugak yang cetak baju? kah kah kah

Aku rasa kesian dengan pelajar UUM, bertepuk tangan bila rakan mereka dihentak hentak begitu, itu belum lagi kata-kata dari penganjur program yang lepas tangan, katanya tak melibatkan politik, tapi dari awal-awal lagi ikrar memang berbaur politik, yang si Sharifah pun dengan badge 1malaysianya, tak politik lagi ke tu?


Dari awal ikrar dah selit politik, so mana yang hang cakap tak libatkan politik? 


Akak si tudung oren sedang memerhatikan anda, yang nie tiada kena mengena pun, hahaha!

Akhir kata, kalau nak berforum, beranilah terima cabaran dan soalan, jangan sebab si Sharifah seorang akan mencerminkan kesemua orang-orang (you know who) yang diwakilinya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Comments

wow gemparrrrrr..biarlah si luncai terjun dengan labu2nya..biarkan2

Reply

fenomena listen-listen pulak..

Reply

dua2 pihak ade salah...satu pihak menyuarakan pandangan di tempat yg x sepatut nya...satu lagi pihak sepatutnya menghormati pandangan dan membalas hujah2 dgn fakta yg betul....

Reply

sedih tengok xde seorg pun anak melayu berani bersuara...tau tepuk tangan...good!

Reply

ade terdengar student ckp, takde kene mgena pon. bile die ckp pasal binatang.

Reply

Sedikit teguran. Degree maksudnya ijazah,boleh jadi Bachelor degree, Master degree atau PhD degree. So u tak boleh kata
"Setahu aku lecturer yang ada degree hanya boleh mengajar di Kolej bukan di Universiti, kalau pun di Universiti, mungkin Uni swasta tak pun jadi Tutor sahaja".


Reply

Post a Comment