PENGALAMAN PERTAMA MENIKMATI BURGER BAKAR ABANG BURN!


BURGER BAKAR ABANG BURN DI LE LAC RESTORAN SEKSYEN 13 SHAH ALAM | Saya terpanggil untuk menikmati dan mencuba keenakan dan kesedapan serta sensasi Burger Bakar Abang Burn. 

Ternyata apa yang diuar-uarkan di laman sosial dan televisyen itu bukanlah omongan semata. Tekstur dan aromanya menggamit jiwa hingga membuat saya termimpi-mimpi.


Ramai yang rasa pelik kenapa Burger Bakar Abang Burn mahal mengalahkan Burger McD. Bro, cuba try test dulu baru tahu bro. Lepas dah cuba, anda akan tahu apa itu sensasi Burger Bakar.

Saya nasihatkan, anda kosongkan perut kalau nak makan Burger Bakar Abang Burn. Sebab, korang akan rasa sangat kenyang selepas makan dan yang paling penting, anda rasa berbaloi dengan duit yang anda belanjakan.

Sensasi daging bakar, sensasi keju, sensasi sayuran dan sensasi supremo digabungkan menjadi Sensasi Burger Bakar Abang Burn.

Untuk kali pertama ni saya order set Beef Supremo Cheesy. Next time, saya nak order set lain pulak. Tapi, serius, lepas makan ni rasa sangat kenyang yang teramat. Berbaloi!

Masa saya lepak makan Burger Bakar Abang Burn, saya tengok sekeliling hampir semua pelanggan menikmati Burger Bakar Abang Burn.

Ada satu meja tu dengan pelanggan sekumpulan muslimah siap komen dan angguk-angguk sambil cakap,

"Sedap la.. Sedap.."


Krew Burger Bakar Abang Burn pulak kemas dengan skarf dan yang paling penting semua peramah. Siap suruh datang isnin nanti untuk serbu hidangan Burger Bakar Abang Burn RM1.

Alamak, terlepas cakap! Cakap terus je la! Burger Bakar Abang Burn dekat Le Lac Restoran akan mengadakan hidangan Burger Bakar RM1 nanti.

Apa-apapun, korang semak facebook Burger Bakar Abang Burn untuk senarai cawangan-cawangan yang akan mengadakan hidangan Burger Abang Burn RM1.

Jumpa anda di sanaaaa.. sanaaaa.. sanaaaa..



Krew Burger Bakar Abang Burn juga sangat mengambil berat kepuasan hati pelanggan. Lepas saya dah licinkan pinggan, krew sempat lagi bertanya, 

"Burger okay bro?"

Apa tak okaynye, dah licin la bro..

ARGH! Nak tahu apa yang saya tak suka pasal Burger Bakar Abang Burn? Dia buat saya terliur meleleh! 

Okay la, nak out! Nak gi Le Lac Restoran. Lapar Dowh!


Saya dah menikmati Burger Bakar Abang Burn, anda bila lagi?

Ajak family datang sekali okay!
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

serius nampak sedap..... yeah zaaaa...

Reply

msukkan awk dlm bloglist......
moga dpt dikekalkan hbgn dalam laman maya nie.

Reply

halamak... so cheezy... slurp

Reply

Post a Comment