TAYANG KLIP LUCAH SEMASA SIARAN LANGSUNG!




Tayang klip Lucah Semasa Siaran Berita | Sweden – Sebuah stesen televisyen dilaporkan membuat kesilapan memalukan apabila siaran beritanya menayangkan klip lucah sebagai latar belakang ketika berita itu disiarkan secara langsung.

Ketika itu penyampai Channel TV4 itu sedang membacakan berita mengenai krisis politik Syria.

Secara tiba-tiba klip lucah itu disiarkan di belakangnya dan ia berterusan selama 10 minit sebelum disedari oleh pihak pengurusan.

Penonton yang menyaksikan berita tersebut, terkejut besar dengan kejadian tersebut.

“Saya sangkakan saya yang tersilap, namun lama kelamaan ia menjadi semakin jelas dan saya dapat melihat bagaimana mereka menarik semula filem lucah itu,’’ kata seorang penonton.

Dia juga hairan kenapa pengurusan TV4 tidak menyedari keadaan itu dan mereka terpaksa mengambil masa selama 10 minit untuk menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Mengulas perkara tersebut, pihak pengurusan TV4 memberitahu, bilik berita disambung terus kepada computer syarikat

“Ketika itu tiada siapa yang menonton filem berkenaan. Kejadian berlaku ketika proses memuat naik dilakukan dan salah satu pelayar di bangunan berkenaan telah memainkan klip itu secara tidak sengaja.

“Sebaik menyedarinya, kami telah mematikan program itu. Ia tidak akan berulang lagi pada masa depan,’’ katanya.




Responses

0 Respones to " TAYANG KLIP LUCAH SEMASA SIARAN LANGSUNG! "

Post a Comment

KOMENLAH DENGAN BERHEMAH KERANA KOMEN ANDA MELAMBANGKAN PERIBADI ANDA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA DI MAZEERMOHAMAD.COM

 

HOT MINGGUAN

HOT BULANAN

SEGALA BAHAN YANG DIAMBIL DARI LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA BENAR DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG INFORMASI YANG TELAH DIPLAGIAT DARI LAMAN INI SEKIRANYA TERDAPAT PERCANGGAHAN DARI CERITA ASAL. SEGALA BAHAN DARI LAMAN INI BOLEH DIPADAM BILA-BILA MASA SAHAJA. MAZEERMOHAMAD.COM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN BERTERUSAN ANDA.
Return to top of page Copyright © 2010 | By MazeerMohamad