AMALAN RAHSIA NORA DANISH ELAK DISIHIR!


NORA DANISH MENGAMALKAN BACAAN AYAT SUCI UNTUK ELAK DISIHIR | Pelakon Nora Danish melakukan amalan membaca surah-surah ’3 Qul’ serta beberapa surah lain sebagai usaha untuk mengelak daripada terkena sihir daripada individu-individu tertentu.

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, amalan itu adalah pelindung daripada sebarang perbuatan buruk daripada pihak-pihak tertentu.

“Insya-Allah langkah berjaga-jaga mengamalkan bacaan ’3 Qul’ serta surah-surah lain dapat mengelakkan perkara buruk berlaku dan semoga saya dan keluarga dilindungi dan dijauhi daripada benda (sihir) itu,” katanya kepada mStar Online.

Surah-surah 3 Qul ialah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Tambah Nora, dia telah mengamalkan bacaan tersebut sejak kecil lagi selain berbuat baik kepada semua orang agar tidak timbul perasaan benci mereka kepada dirinya.

“Kita bekerja dengan dikelilingi pelbagai jenis orang di mana ada yang suka dan ada yang membenci kita. Semua ini hanyalah amalan sebagai persediaan diri,” tuturnya.

Sementara itu, mengenai kerjaya pula, selepas 10 tahun dalam industri lakonan ini, Nora ingin mencabar diri dengan melakonkan watak-watak lebih berani yang membabitkan aksi-aksi seni mempertahankan diri.

Nora berkata, dia ingin mengubah persepsi masyarakat yang sering melihatnya sebagai wanita lembut dalam drama mahupun filem.

“Saya ingin membuktikan bahawa saya juga boleh membawa watak-watak aksi. Asyik jadi wanita sedih sahaja.

“Pengalaman berlakon filem Bencinta bersama Qi Razali pada hujung tahun lalu yang memerlukan saya menunjukkan skil seni mempertahankan diri membuatkan saya rasa seronok pula,” ujarnya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!

1 Comments:

Post a Comment