BR1M UNTUK REMAJA AKAN DINAIKKAN?




BR1M UNTUK REMAJA AKAN DINAIKKAN DARI RM250 KEPADA RM500 | Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan BN tidak akan berhenti untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat, termasuk kepada golongan remaja walaupun pemberian BR1M tidak pernah dijanjikan dalam manifesto pilihan raya.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini bukan sahaja memberi jaminan BR1M yang mula diperkenalkan tahun lalu akan diteruskan, malah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000, tetapi dengan syarat BN diberi mandat besar untuk terus mentadbir negara.

“Saya sendiri akan berjumpa dengan Najib dan memohon supaya dia mempertimbangkan menaikkan BR1M untuk remaja daripada RM250 kepada RM500 setiap individu yang layak.

“Jika Perdana Menteri bersedia menaikkan BR1M daripada RM500 kepada RM1,000 untuk golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah, saya berpendapat tidak menjadi halangan kerajaan BN menaikkan kadar itu kepada remaja yang berpendapatan RM2,000 ke bawah,” katanya ketika ditemui selepas berucap merasmikan Jentera Pilihan Raya Peringkat Parlimen Hulu Terengganu.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN KEPUTUSAN BR1M 2.0!



Responses

1 Respones to " BR1M UNTUK REMAJA AKAN DINAIKKAN? "

Post a Comment

KOMENLAH DENGAN BERHEMAH KERANA KOMEN ANDA MELAMBANGKAN PERIBADI ANDA.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA DI MAZEERMOHAMAD.COM

 

HOT MINGGUAN

HOT BULANAN

SEGALA BAHAN YANG DIAMBIL DARI LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA BENAR DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG INFORMASI YANG TELAH DIPLAGIAT DARI LAMAN INI SEKIRANYA TERDAPAT PERCANGGAHAN DARI CERITA ASAL. SEGALA BAHAN DARI LAMAN INI BOLEH DIPADAM BILA-BILA MASA SAHAJA. MAZEERMOHAMAD.COM MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN BERTERUSAN ANDA.
Return to top of page Copyright © 2010 | By MazeerMohamad