WANITA MATI AKIBAT MINUM COCA-COLA SETIAP HARI!


WANITA MATI AKIBAT MINUM 10 LITER COCA-COLA SETIAP HARI | Umum telah mengetahui mengenai keburukan mengambil Coca-Cola dalam kehidupan seharian. Namun, masih ramai yang menyangkal akan keburukan tersebut dan meneruskan tabiat buruk mereka. Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.

Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari.

Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya.

Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi.

Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak labih daripada 1 kilogram sehari.

Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comments:

Post a Comment