AKU BENCI TOK GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT!


KISAH MENARIK AKU BENCI TOK GURU DAN KELANTAN | Artikel yang dikongsikan ini bakal membuka mata semua kenapa Tok Guru dan rakyat kelantan begitu dibenci ramai. Negeri kelantan yang digembar-gemburkan di media massa dengan berita keburukan dan kemunduran sebenarnya maju dari segi yang lain.

[TERIMA KASIH AZURA ABDULLAH]

Aku benci Tok Guru dan Kelantan.

Aku benci beliau, 2 tahun yang lepas. Ya, aku sangat membenci insan ini... aku pernah merasakan beliau sesat, gila kuasa, ekstemis agama dan sebagainya..aku benci orang Kelantan, sebab negeri Kelantan berdasarkan cerita yang ku dengar di TV sebuah negeri yang mundur, kotor, rakyatnya sombong, dsbgainya.

sbelum masuk u, aku dah dapat pesanan, jangan berkawan dengan orang2 Kelantan ni...diorang sangat assabiah dan tak boleh dibuat kawan..bila kita susah diorang akan tinggalkan kita.

dulu aku merasakan cukuplah sekadar Islamku sekadar solat, puasa dan zakat... tapi setelah kukenali insan ini, setelah kuketahui apa perjuangan PAS dan matlamat hidup ini.. aku jadi malu dengan insan yang pernah ku benci ini.. semoga ALLAH menemukan aku dengan insan mulia ini kerana aku mahu memohon maaf kepada beliau. Ulama' yang kusanjungi kini.

setelah bebas drpda kejahilan yg panjang, aku jadi malu sendiri.. Kelantan walaupun dikatakan mundur tiada pembangunan, namun kaya dengan pembangunan jiwa rakyatnya... kalaupun tiada masjid2 yang indah seperti yang lainnya, tapi tetap subur dengan kuliah agama dan jamaah yang hadir membanjirinya. Ya, kaki ini belum pernah menjejaki bumi Kelantan, tapi sudah cukuplah gambar dan akhlak2 penduduk dan pemimpinnya menceritakan segalanya.

Kelantan sebuah ikon negara Islam..kaya dengan majlis2 ilmu, ramai 'ulama dilahirkan di sana..dan 'ulama yang kukatakan sesat ini, sungguh lebih hebat daripada yang kujangkakan.

ALLAH...panjangkanlah usia Tok Guru Nik Aziz ini. Aamiin.

Dari FB AZURA ABDULLAH untuk Tok Guru
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 Comments

gua share jugak..gua bagi kredit kat lu bro :)

Reply

Tak kenal maka tak cinta...

Reply

asal aq dr kedah ! ayah aq org kelantan dan aq selalu pergi kelantan ! mereka mmg xdak akhlak pun,layan tetamu mcm layan anjing ! bila susah bru nk cari ! aq BERSUMPAH DEMI ALLAH aq tidak berbohong lah !

Reply
This comment has been removed by the author.

macamla org kedah tu baik sangat..manusia dah tentu ada yg baik ada yg jahat..takkan sorang layan ngko mcm anjing semua org kelantan layan ngko mcm anjing jugak,ade otak ke xde?aku pun bukan org kelantan..tp aku senang berkawan dgn org kelantan,setiakawan..kalau susah sama2 susah,makan selalu berjemaah..aku ade kawan org kedah,tp dia dah curi kebas duit aku,xpulak aku kata semua org kedah jahat..fikir guna akal,jgn guna kepala tahi!!!

Reply

dah hang pun xreti nak hormat orang!! mmg orang xpandang lu bro!

Reply

Aku ni orang kelantan, betul ke dia cakap tu admin?

Reply

Cukup skadar gmbr anda menilai?MasyaAllah.Singgah lha dulu di Kelantan.Betapa mereka amat terlalu mudah utk dipengaruhi.Terlalu taksub.Boleh dikategorikan sbg "tidak tahu apa erti hidup".Institusi kekeluargaan hancur.Bkn nk memburuk.Tpi realiti hari ini.

Reply

Post a Comment