GAMBAR EKSLUSIF BAKAL ISTERI KEPADA JEHAN MISKIN!


GAMBAR BAKAL ISTERI JEHAN MISKIN | Sekeping gambar ekslusif yang menurut beberapa portal web adalah bakal isteri kepada pelakon Jehan Miskin ditemui dan mula bersebaran. Kami pun tidak pasti akan kesahihan gambar ini.

Jehan akan bergelar Raja Sehari esok pada jam 2 petang di Carcosa Seri Negara. Dalam pada Jehan Miskin berharap tiada pihak berkecil hati andainya tidak mendapat undangan ke majlis pernikahannya dengan gadis Korea.

Untuk majlis akad nikah esok, Jehan atau nama sebenarnya Mohd Jehan Miskin, 34, berkata, dia hanya menjemput 100 orang tetamu dan ingin melayan mereka sepenuhnya untuk sama-sama dapat meraikan hari bahagia itu.


"Saya dengan bakal isteri hanya mahu mengadakan sebuah majlis yang sederhana agar kami dapat melayan semua tetamu yang dijemput.

"Lagipun ia merupakan hari bersejarah buat kami, jadi kami inginkan sesuatu yang istimewa buat keluarga dan teman-teman yang susah-senang bersama kami," katanya yang dihubungi wartawan mStar Online Khamis lalu.

Walaupun hanya untuk rakan dan teman terdekat, Jehan akan mengenakan sut tajaan Bon Zainal manakala pakaian bakal isterinya itu ditaja oleh Zaterra dan Celest Thoi.


Jehan enggan mendedahkan siapa bakal isterinya sehinggalah pada hari pernikahan itu nanti.

Katanya, perancangan perkahwinan itu sudah bermula sejak tiga hingga empat bulan lepas dan pada masa sama dia sibuk dengan kerja-kerja pengarahan drama seram, What If.

"Mujurlah ada rakan-rakan yang membantu dalam persiapan perkahwinan saya. Saya juga gembira mempunyai pengurus perkahwinan yang bagus iaitu Zaid Sulaiman (Zahar Wedding Planner).

"Mereka menyenangkan kerja-kerja saya tatkala saya sibuk menyelesaikan tugasan penggambaran,” katanya.

Apapun, ucapan tahniah buat Jehan yang dalam diam-diam mengegar kerja wartawan kerana gagal mengesan aktiviti istimewa beliau pada hari esok.

Gambar di bawah inilah merupakan gambar sebenar Jehan Miskin dan bakal isterinya. Pihak Jehan belum memberi gambar jelas dan rupa gadis yang bakal menjadi isterinya. Yang pastinya, peminat semua tertanya-tanya siapakah bakal isteri beliau.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

tipu!

Reply

semua dok cerita benda ni aje. haha

Reply

Post a Comment