MISTERI LELAKI MENARI DI ATAS MOTOR!


MENYINGKAP PENYAKIT MISTERI LELAKI MENARI ATAS MOTOSIKAL | Sekarang ini viral di laman sosial mengenai VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL dan sebelum ini Mazeer telah pun menulis entri mengenai KISAH SEBENAR LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL namun masih terdapat segelintir pihak yang membuat kisah hidup beliau sebagai bahan gurauan.

Siapapun yang menyaksikan video ini pastinya akan membuat kesimpulan bahawa kemungkinan lelaki ini sengaja ingin menarik perhatian dengan menari sedemikian atau mungkin beliau ada masalah lain seperti stress dan parkinson.

SEBELUM ANDA PUN TERIKUT SAMA MENGEJEK BELIAU, IKUTI PENDEDAHAN KISAH LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL DI BAWAH.

Menurut pembaca setia mazeermohamad.com, lelaki ini telah terkena buatan orang dan sudah lama menghidap penyakit berkenaan dan tak pulih sampai sekarang.

bro, nampak gaya mcm kat melaka. ade org opis aku (bukan satu opis, tapi satu bangunan) peel dia mcm ni.. dia ni kene buatan org.. tak baik2 smpi skrg.. melaka ni kecik ja..aku rase dgn pe'el mcm ni, dia ni budak yg aku maksudkan.. remove la artikel ni sebelum berbatalion org dok ngutuk dia ni.. bukan dia nak pun diri dia jadi mcm ni..erm..(Anonymous)
salam... saya pernah nampak abang ni kat melaka... masa tu dia tengah berhenti kat trafik light... saya rasa abg ni mempunyai penyakin kenan (sila rujuk buku2 yg berkenanan)atau parkinson... jgn la kiter tertawakan beliau... die pun manusia biasa... tp sy respect kat die, wlaumacam tu still bley prgi kerja sendri... (Nurfarhanadilah Fadil)
ko kenal ke abg ni?? sampai ko nak kate mcm tu?? abg ni keje satu bangunan dengan aku laa... abg ni baik orgnye.. tapi abg ni sakit.. bukan sakit yang biase tapi "sakit"(Anonymous)

Untuk keterangan lebih lanjut dan komen pembaca, anda bolehlah merujuk entri VIDEO LAWAK LELAKI MENARI DI ATAS MOTOSIKAL dan marilah kita memohon maaf atas khilaf kita yang membuat perkara ini sebagai bahan jenaka.

JIKA ANDA INGIN MENONTON VIDEO RAKAMAN TERBARU LELAKI PELIK MENARI DI ATAS MOTOSIKAL, SILALAH RUJUK ENTRI DI BAWAH.


SILAKAN SHARE KEPADA RAKYAT MALAYSIA AGAR MEREKA FAHAM MENGENAI SITUASI BELIAU DAN TIDAK MENGANGGAP AKSI BELIAU SEBAGAI BAHAN JENAKA.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 Comments

kesian kat dia. bro, gua minta maaf sebab dah kutuk lu.

Reply

06.07.2013 malam ari tu baru je nampak brother ni kt trafik light simpang 4 bachang. Kesian tengok dia ni... Ramai yang kt situ gelak2 kan dia... Tak boleh nak buat ape2 pon .. Pape pon xsemua orang sempurna.. Biarkan aje la dia dengan hal dia...

Reply

kesian kat brother tue...first time tengok aku dah dapat agak ada cerita disebalik perbuatan dia tue...buatan orang nie biar Allah je yang balas..coz aku sekeluarga pun pernah dibuat orang..manusia tidak pernah bersyukur sentiasa didampingi syaitan...moga abg nie cepat sembuh ..Allah menguji hambanya kerana tahu hambanya itu mampu untuk menanggungnya...

Reply

saya ada tgk vdeo tu..kesiannya..moga abg ni cpat sembuh.jgn la kita ketawakan orang lain, kelak 1 masa nti orng pula akan tertawa kan kita..apa2 pun, sebelum nak mengomen, fkir la sedalam2nya..takde orang nak buat macam tu dgn sngaja kat tmpat awam kan..

Reply

Dari visual yang saya lihat saya ada menuduh insan yang sedang terlonjak lonjak menari nari ikut tempo diatas moto tu sedang menunjuk nunjuk.
Tetapi ramai yang tidak pernah tahu latar belakang insan tersebut terus mengatakan dia sakit dengan hanye dengan satu visual.

Baguslah sebab kita suka bersangka baik berbanding dari kita suke bersangka buruk.

Boleh saya tanye.. andailah kata sedang memandu kereta disebatang jalan disebuah kampung dan kita terlihat seorang lelaki dewasa sedang memukul dengan teruk seorang kanak berumur lingkungan 9-11 tahun.
Pertanyaan saya.. Adakah kita bersangka baik atau bersangka buruk kepada lelaki tersebut. (Bersangk baik) Mungkin lelaki tersebut sedang memukul anak nye yang sangat degil sebagai pengajaran supaya insaf. (Bersangka Buruk) Mungkin lelaki itu jenis manusia yang berhati jahat dan memang suke mendera kanak kanak tanpa sebab atau hanye disebab kesalahan yang kecil.

Dimana kah kita didalam situasi ini.
1)Bersangka baik
2)Bersangka buruk

Kalau tanya saya, saya memilih Nomor 2, Saya akan berhenti kereta dan bertanyankan kadaan kenapa dia memukul kanak kanak tersebut., kerana itu lebih wajar daripada saya bersangkan baik didalam kadaan ini.

Kalau jawapan lelaki itu tidak mencurigakan dan kanak kanak itu pula meraya pada saya supaya diselamatkan maka saya akan memukul lelaki itu balik.. Garang nie kehkehkeh.

Begitulah alasan saya pada visual diatas sebab saya suka menilai menurut situasi.

Reply

Leceh lah tak leh edit kalau tersilap tulis..

Kalau jawapan lelaki itu mencurigakan dan kanak kanak itu merayu pada saya supaya diselamatkan maka saya akan memukul lelaki itu balik seperti mana dia memukul kanak kanak tersebut. Garang nie..

Begitulah alasan saya menurut visual seperti diatas sebab saya lebih suke menilai sesuatu itu menurut situasi.

Reply

shazwan...

ape lak pjg2 ko nak tulis?? cakap aje la ko tu mmg suke ngutuk org!!! tak perlu der nk sangka2 buruk ni der...sama ade ko bersangka baik atau ko tambah option C: buat bodo ja.. ko suke ngutuk kan??? ade byk lagi artikel si mazeer ni letak yg bole ko kutuk.. pegi la kutuk!!! ko kan manusia bagus???

Reply

Post a Comment