Menu


CARA HACK WIFI KAWASAN RUMAH ANDA | Pasti anda tercari-cari cara mudah untuk menggodam WiFi rumah jiran anda. Cara ini sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya dan tidak perlu kepakaran komputer yang tinggi untuk melakukannya. Jika anda mencari cara untuk menggodan dan hack WiFi di kawasan kejiranan anda, di sinilah tempatnya. Caranya mudah dan berkesan.

Hari ini, Mazeer akan ajarkan kepada anda ilmu hack WiFi dengan cara yang ringkas, mudah dan berkesan.

Jika anda sudah bersedia, kita akan memulakan tutorial menggodam dan mendapatkan password di kawasan kejiranan anda.

Jika belum, pastikan anda pergi membasuh muka dan buka mata anda luas-luas.

Caranya mudah.

Ikuti langkah di bawah.

1. Anda kena ada komputer. Kalau takde komputer, macam mana nak akses internet?

2. Kabel komputer kena pasang dan pastikan bil api anda sudah dijelaskan.

3. Jika langkah di atas sudah setel, pastikan anda masuk ke dapur dan cari barang makanan yang boleh dikongsikan dengan orang sekeliling anda.

4. Jika tiada makanan, pergilah ke luar atapun ke pasar untuk membeli goreng pisang dan air tebu. Pastikan beli lebih kerana anda akan memerlukannya untuk  menggodam WiFi rumah jiran anda.

5. Jika pisang goreng dan air tebu dah beli, mari kita mulakan cara mudah untuk hack WiFi jiran anda.

6. Ketuk pintu rumah jiran anda dan berikan salam serta senyuman paling menawan.

7. Masuk pintu rumah jiran anda dengan langkah kanan dan duduk dengan sopan.

8. Mulakan bicara sopan anda dengan mengajak tuan rumah minum dan menjamah goreng pisang yang anda bawa tadi.

9. Jika tuan rumah dah sedikit terleka dan kemesraan mula terpancar di wajahnya, inilah masanya untuk bertanyakan kata laluan WiFi rumah beliau.

10. Jika dapat password WiFi hari itu jugak, anda seorang yang bertuah dan sekiranya tak dapat, esok anda cuba lagi.

Itulah cara terbaik untuk mendapatkan password WiFi rumah jiran anda iaitu dengan meminta izin dan pastinya WiFi beliau adalah selamat dan halal digunakan.

Mudah bukan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Comments:

  1. hahah! betul jugak. daripada mencuri,baik minta. hahaaa

    ReplyDelete
  2. ceh, aku dah cuba tapi tak berkesan. kena cuba lagi la?

    ReplyDelete
  3. haha.. terbaik.

    ReplyDelete
  4. cara hack k nie.???

    aku cuba xdpt pon..
    siap kna terajang lgi adalah....

    ReplyDelete
  5. mazeer..next time u should know what is the meaning of hack..okay..??

    ReplyDelete
  6. Sungguh baik dan sopan santun cara hack begini :)

    ReplyDelete
  7. aku tertipuuuuuuuuu.... thx admin...

    ReplyDelete
  8. hack ? gambang la hack

    ReplyDelete
  9. mazeermohamad musibat!

    ReplyDelete
  10. byknya org stress lpas bc entry ni..hahaha..

    ReplyDelete

 
Top