BERITA TERKINI NAHAS BAS DI GENTING HIGHLAND - 37 TERKORBAN DAN 16 CEDERA


GAMBAR TERKINI SEKITAR TEMPAT KEJADIAN NAHAS BAS DI GENTING HIGHLAND | NAHAS BAS: KEMALANGAN BAS JATUH GAUNG GENTING HIGHLANDS – KUALA LUMPUR 21 OGOS 2013 – 37 ORANG DISAHKAN MAUT SEHINGGA JAM 8.15 MALAM TADI.

KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat telah dijalankan untuk mengeluarkan mangsa, dan kini kerja-kerja mencari telah pun tamat.


Seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi menyelamat bagi nahas tersebut.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 60 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Kemalangan dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu bas untuk mengawal bas berkenaan sehingga merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam gaung.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merupakan antara kenamaan yang terawal tiba memantau operasi menyelamat.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.

Lagi gambar sekitar tempat kejadian:













AWANI
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Comments

Sikap pemandu bas yg menjadi punca meragut ramai nyawa ini,

Reply

takziah keatas keluarga mangsa yg terlibat...ambil iktibar kejadian ini..semua pemandu kenderaan kena igt bila berada diatas jlnraya kita bertanggungjawab diatas setiap tindakan kita..sentiasa waspada

Reply


Sikap pemandu yang sering mengabaikan keselamatan penumpang. Kerap memandu melulu.apa pun yang
berlaku kita jadikan iktibar.yang berlaku tetap berlaku.takziah pada ahli keluarga yang terlibat. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Reply

Allah yg menetukan kita mati dlm keadaan yg mcm mana... bukan kita yg nak... xde sape dlm dunia ni yg nk mati dlm ketakutan... tp apakan daya, dah tertulis mereka mati dlm keadaan mcm tu... dan jgn di salahkan sape2... semua terserah kpd takdir

Reply

Post a Comment