5

NORA DANISH KECEWA KERANA BEDAK SEJUK TANAKANYA DIHARAMKAN | Agak kecoh bebrapa hari lalu tentang bedak Tanaka ini. Ada yang cakap bedak ini tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan dah banyak yang dirampas oleh pihak berkuasa.

Apa kata Dora Danish pulak??

Pelakon Nora Danish terpaksa menghentikan sementara penjualan produk bedak sejuk ‘Tanaka’ kerana mahu mendapatkan kandungan yang lebih berkualiti daripada pengeluar bedak itu di Myanmar.

Jelas aktres ini, selain daripada itu dia kecewa apabila terdapat pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya bagi menjual produk yang sama.

"Buat masa sekarang saya menghentikan penjualan bedak tersebut kerana pihak kami sedang mencari kandungan bedak yang betul-betul baik yang kita akan ambil terus dari Myanmar.

"Dulu saya ambil daripada sebuah kedai namun selepas saya promosi dan jual ramai pula yang serbu kedai tersebut dan jual bedak yang sama," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.

Nora yang mula menjual produk bedak sejuk yang diberi nama ‘Tate Dea by Nora Danish’ itu sejak awal tahun lalu menganggap ia sebagai bedak tradisional keturunan Myanmar.

"Saya berketurunan Myanmar dan memang bedak ini diperbuat daripada kayu ‘Tanaka’ yang menjadi bedak tradisional masyarakat Myanmar.

"Kalau boleh saya mahu memperkenalkannya di Malaysia kerana ia memang bagus untuk menjadikan kulit licin dan cantik," ujarnya. (MalaysianDigest)

P/s: Kalau sah was-was untuk menggunakan sesuatu produk..tak payah lah guna..nanti lain pulak jadinya.. sekian..

Malaysian Digest
"BUAT DUIT RAYA DI BULAN RAMADHAN DAN SAMBIL BERSEMBANG MESRA DI HARI RAYA. TEMPAT TERHAD"
TERBARU!!! WOW!!! SAYA PUN MAHU HIBAH 15% - 30% SETIAP MINGGU DENGAN FORMULA HEBAT PAKAR ANTARABANGSA KINI DI MALAYSIA
SELUAR DALAM BIO MAGNET - Cara Mudah Merawat Masalah & Fungsi Seksual Lelaki
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Post a Comment Blogger

  1. alamak ai.. baru je aku nak try.

    ReplyDelete
  2. Anonymous August 2, 2013 at 6.33 AM

    Pakai aje bedak sejuk biasa buatan tempatan. Kualiti pun tak diragui lagi. Warisan dari zaman tok nenek kita sendiri lagi. Bedak Tate tu dah lah mahal, ntah apa ajelah campur kat dalam tu..

    ReplyDelete
  3. pening aku.. kat wesite Biro pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bedak ni tersenarai produk selamat. Sebenarnya selamat ke tidak. elok la kalau produk xde KKM ni jangan guna

    ReplyDelete
  4. lancau kau lah admin!

    ReplyDelete
  5. patut la.....MalaysianDigest tu suka sgt mengetum.......suka2 buat crita...sama cam utusex meloya,tv3 suku,berita hairan dan Harian Metroll...

    ReplyDelete

 
Top