ISU RUSSIA HANTAR SISTEM MISIL S-300 KE SYRIA!


RUSSIA HANTAR SISTEM MISIL S-300 KE SYRIA | Moscow – Presiden Russia Vladimir Putin, mengesahkan bahawa negara itu sudah menghantar beberapa komponen sistem peluru berpandu canggih S-300, tetapi mengaku penghantaran lain ditangguhkan.

“Kami sudah menghantar komponen peluru berpandu S-300, tetapi penghantaran keseluruhan komponen belum dilakukan dan kami sudah menangguhkannya,” kata beliau.

Beliau yang bercakap dalam satu temuramah dengan stesen televisyen Channel One menjelang sidang G20 minggu ini bagaimanapun enggan mengulas punca penangguhan itu.

Namun, laporan menyatakan penangguhan dibuat berikutan kerajaan Syria belum membuat pembayaran bagi komponen yang sudah dihantar.

Kontrak penjualan senjata antara Russia dan Syria dikecam keras kuasa Barat yang mendakwa Moscow menyerahkan kepada Damsyik senjata yang akan menentang serangan udara jika dilaksanakan nanti.

Tidak mencukupi

Sumber tentera memaklumkan kepada agensi berita RIA Novosti selepas temuramah itu bahawa komponen yang dihantar tidak mencukupi untuk membina sistem peluru berpandu S-300 yang lengkap dan tidak boleh digunakan sebagai senjata.

Sementara itu Putin menggesa kuasa Barat mengemukakan bukti kukuh serangan senjata kimia di Syria kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Russia akan bertindak tegas jika terbukti dalang di sebalik jenayah terbabit.

Putin juga memberi amaran bahawa tindakan tentera oleh Barat ke atas rejim Syria tanpa sokongan Majlis Keselamatan PBB akan dianggap sebagai pencerobohan.

Ketika ditanya sama ada Russia akan bersetuju dengan tindakan tentera diketuai Amerika jika terbukti rejim kerajaan Syria yang melakukan serangan itu, Putih berkata “Saya tidak menolak perkara itu” namun bertegas, kuasa Barat masih perlu mengemukakan bukti.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pemberontak terbabit dalam serangan itu.

AFP
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
BINA BLOG BISNES UNTUK KEMBANGKAN BISNES ANDA DI INTERNET! MURAH & CEPAT!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comments:

Saya tidak menolak perkara itu Namun kuasa barat harus mengmemukakan bukti...
Manusia yang mati tanpa kecederaan fizikal luaran adalah bukan bukti..

Namun cara diplomasi adalah yang lebih baik daripada tindakan ketenteraan

Reply

Post a Comment