0

GOL BERHANTU PEMAIN BAYERN LEVERKUSEN CETUS PERDEBATAN | Berkali-kali penulis mengulang rakaman video ‘gol berhantu’ yang membawa kemenangan 2-1 kelab Bayern Leverkusen ke atas Hoffenheim yang berlangsung di Rhein-Neckar Arena, Sinsheim  semalam.

Gol aneh yang ‘dijaringkan’ oleh pemain, Syefan Kiessling itu sekaligus membawa kelabnya menaiki tangga Bundesliga di Jerman.

Apa tidaknya, gol kedua pada minit ke-69 itu menjadi kontroversi apabila bola yang ditanduk pemain itu di tepi luar jaring tiba-tiba masuk ke dalam gawang.

Riak terkejut bukan sahaja dapat dilihat pada wajah penjaga gol, malah Kiessling sendiri kelihatan agak ‘hairan’ dengan jaringannya itu.

Seperti yang dijangka, gol itu dibantah oleh pengurus Hoffenheim yang mengatakan bahawa kemenangan itu merupakan satu skandal.

Bola itu dikatakan mengenai salah satu ruang jaring yang longgar sekaligus menyebabkan ia masuk ke dalam gawang.

“Itu bukan gol, tiada dua cara untuk itu. Kami akan membantah,” tegasnya.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Brych berkata, sewaktu ia berlaku, tiada siapa yang membantah gol tersebut.

“Saya sendiri keliru dengan apa yang berlaku, namun jelas sekali tiada sebarang reaksi bantahan dari pemain terhadap keputusan saya.

“Saya bertanya kepada Kiessling. Tiada siapa termasuk dia mengatakan ia bukan gol. Bola itu berada di dalam gawang dan ia adalah gol yang sah,” jelasnya.

Jadi, apa yang kami boleh simpulkan di sini, itu memang rezeki Bayer Leverkusen. Kalau sudah tersurat begitu, ruang sebesar lubang tikus pun boleh masuk.

"BUAT DUIT RAYA DI BULAN RAMADHAN DAN SAMBIL BERSEMBANG MESRA DI HARI RAYA. TEMPAT TERHAD"
TERBARU!!! WOW!!! SAYA PUN MAHU HIBAH 15% - 30% SETIAP MINGGU DENGAN FORMULA HEBAT PAKAR ANTARABANGSA KINI DI MALAYSIA
SELUAR DALAM BIO MAGNET - Cara Mudah Merawat Masalah & Fungsi Seksual Lelaki
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Post a Comment Blogger

 
Top