Menu


Lelaki Baru Kahwin Tak Sempat Merasa Malam Pertama | GAYO LUES (Aceh): Seorang lelaki yang tidak sampai 24 jam bernikah tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia ditangkap kerana membunuh seorang tetamu majlis perkahwinannya.


Baharudin menikam tetamu terbabit, Alim, menyebabkan mangsa mati selepas mereka bergaduh kerana mancis dalam kejadian di Kampung Pining Benteng. Jurucakap polis tempatan Inspektor Asrijul, Baharudin sebelum ini pernah mengalami sakit jiwa.

“Dia pernah gila. Pernah dikurung dan menjalani rawatan di hospital Banda Aceh. Selepas dipercayai pulih, dia dinikahkan oleh ibu bapanya,” kata Asrijul.

Kejadian berlaku ketika sekumpulan remaja berkumpul di rumah ibu bapa Baharudin, termasuk Alim.

“Baharudin mendekati Alim dan bertanyakan mancis. Alim menjawab tidak tahu. Suspek merasakan dirinya dipermainkan lalu mengambil pisau dan menikam rakan sekampungnya itu,” kata Asrijul.

Menurutnya, Alim mati dalam perjalanan ke hospital sementara Baharudin ditahan sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan mental.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Comments:

Post a Comment

 
Top