ARTIFAK MISTERI CETUS PERSOALAN

Artifak Misteri di Kampung Chichar Mukim Jeneri

PENDUDUK KAMPUNG GEMPAR TEMUI ARTIFAK MISTERI | Sik – Kira-kira 400 penduduk di Kampung Chichar Mukim Jeneri, dekat sini, gempar apabila menemui dua struktur artifak berbentuk tempayan besar yang disangka bom lama dipercayai berusia ratusan tahun dulu.

Nordin Ahmad, 48, berkata dia menemui artifak berkenaan pada pertengahan Ramadan lalu sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari dusun buah-buahan yang terletak kira-kira 25 meter daripada lokasi penemuan artifak berkenaan.

Katanya, pada hari berkenaan, dia dalam perjalanan pulang dari dusun kira-kira jam 7 malam sebelum terlihat satu bentuk bulatan yang timbul kesan daripada mendapan tanah di kawasan terbabit.

“Saya agak terkejut melihat kesan bulatan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini walaupun sering berulang-alik di kawasan terbabit untuk ke kebun setiap hari.

“Namun, perasaan ingin tahu itu terpaksa saya pendamkan dulu memandangkan hari makin gelap dan saya perlu segera pulang ke rumah untuk berbuka puasa,” katanya yang ditemui, di sini, semalam, lapor Hmetro.

PENAMPAKAN KELIBAT MISTERI DI KEMALANGAN MAUT PULAU INDAH

HANTU DI KEMALANGAN MAUT PULAU INDAH

KELIBAT MISTERI MUNCUL DI KEMALANGAN MAUT PULAU INDAH | Ini adalah sumber dari kawan baik saya di Pulau Indah. Semalam berlaku satu kemalangan maut membabitkan sebuah motorsikal.

Kemalangan ini menyebabkan pemuda yang tinggal bersama ibu di Pulau Indah, maut di tempat kejadian. Pecah kepala katanya.

Salah seorang rakan telah sempat mengambil gambar kemalangan langgar lari itu. Tetapi terkejut apabila gambar itu menunjukkan satu lembaga misteri di sidemirrornya.

Tengok yang saya bulatkan. Kalau tengok nampak macam orang tapi nampak macam terapung-apung pun yea.

Salah seorang kawan telah zoom in gambar untuk dan cakap ‘orang’ itu takde kepala. OMG.. isnt that scary. saya tak tau la nak buat kesimpulan apa, tapi saya tetap rase itu cuma orang yang menyaksikan kemalangan tersebut.

HANTU DI KEMALANGAN MAUT PULAU INDAH

MISTERI GADIS 16 TAHUN HAMIL SECARA TIBA-TIBA TERJAWAB

MISTERI GADIS 16 TAHUN HAMIL SECARA TIBA-TIBA

PUNCA SEBENAR GADIS 16 TAHUN INI BOLEH MENGANDUNG TANPA HILANG DARA | Seorang gadis disahkan hamil 6 bulan selepas menjalani pemeriksaan, peliknya gadis tersebut mendakwa dia masih belum pernah disentuh dan kedaraannya masih terjaga. Misteri tersebut berlaku di Serdang Bedagai, Sumatera Utara, Indonesia.

Malasari yang ketika itu baru berusia 16 tahun menyatakan tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki. Malasari merupakan anak kedua pasangan Iswanto dan Riyanti. Ada yang membuat andaian bahawa Malasari hamil akibat pergaulan bebas, namun Malasari menafikannya.”

Kami membawanya untuk pemeriksaan di hospital dan mendapati janin terbentuk sudah berusia 25 minggu tetapi selaput daranya masih kekal seperti asal,” kata ibunya.

Kerana masih belum berpuas hati dengan pemeriksaan sebelum ini, Malasari dibawa kembali untuk pemeriksaan kali kedua.

Keputusan yang diterima tetap sama.“Kami menghantarnya untuk membuat pemeriksaan semula dan keputusan yang diterima tetap sama.

Tetapi untuk memeriksa selaput daranya kami memerlukan surat dari pihak polis. Namun pihak polis tidak mengeluarkan surat tersebut kerana tiada unsur jenayah,” tambah ibunya.

Malasari menceritakan ketika awal kejadian, dia bermimpi didatangi seorang tua yang memberikannya sebuah kotak sekitar enam bulan sebelum perutnya mula membesar lapor Astro Awani.

MISTERI GADIS 16 TAHUN HAMIL SECARA TIBA-TIBA

MISTERI GADIS 16 TAHUN HAMIL SECARA TIBA-TIBA

MISTERI GADIS 16 TAHUN HAMIL SECARA TIBA-TIBA

ROH BUDAK PEREMPUAN SEMPAT DIRAKAM

ROH BUDAK PEREMPUAN SEMPAT DIRAKAM

GAMBAR ROH KANAK-KANAK PEREMPUAN SEMPAT DIRAKAM | SEORANG pelancong yang mengunjungi sebuah rumah agam berhantu yang terkenal di Ireland percaya dia mungkin merakamkan gambar roh seorang kanak-kanak perempuan.

Thomas Beavis, 21, dari Lewisham, mengesan bayangan tersebut menerusi melihat gambar di dalam kameranya sewaktu dalam perjalanan balik dari Loftus Hall di Wexford.

Dia mengambil gambar ibunya bersama rakan-rakan semasa kunjungan itu tetapi terakam roh seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Anne Tottenham dan wajah menakutkan seorang perempuan tua berhampiran tingkap.

“Saya terkejut apabila terlihat gambar bayangan itu. Kami merasa sedikit gelisah sepanjang lawatan itu tetapi apabila saya menunjukkan gambar itu kepada rakan-rakan saya mereka tergamam.

“Saya juga memfokuskan di bahagian tingkap untuk melihat gambar kanak-kanak perempuan itu. Saya mengambil sedikit masa untuk menunjukkan gambar itu kepada yang lain kerana tidak pasti dengan apa yang saya lihat,” katanya.
Beberapa laporan mendakwa keluarga Tottenham berpindah ke rumah agam itu sekitar tahun 1766.

Namun, anak bongsunya, Anne, jatuh sakit selepas terkena gangguan makhluk halus.Dia dipulaukan keluarga dan dikunci di dalam sebuah bilik di rumah agam itu sehingga meninggal dunia, lapor mStar.

MISTERI POTRET MENANGIS DI PENJARA PUDU

POTRET MISTERI DI PENJARA PUDU | Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri. 

"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"

"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir. 

MISTERI POTRET MENANGIS DI PENJARA PUDU
Potret yang dilukis oleh banduan dibilik terakhir penjara pudu

MISTERI POTRET MENANGIS DI PENJARA PUDU

Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad

"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu. 

MISTERI POTRET MENANGIS DI PENJARA PUDU

Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail

"Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung. 

MISTERI POTRET MENANGIS DI PENJARA PUDU

Mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap sendiri serta sebuah lori yang diletakkan dalam kawasan simpanan kenderaan penjara tiba-tiba bergerak sendiri

TIDAK SENGAJA TERAKAM GAMBAR HANTU KOPEK

AMBIL GAMBAR ADIK SAUDARA, TERAMBIL GAMBAR HANTU KOPEK | Seorang pengirim gambar telah berkongsi gambar dengan Oh! Media tentang misteri lembaga di belakang adik kecil yang merupakan anak saudaranya.

Ini katanya:"oh media sy nk share nie pic anak sedara sy yang diambil pukul 11 mlm. Ade budak kecik warna hitam kat belakang tue baru perasan gambo nie ade budak tue taun nie"

Gambar itu jika diteliti terdapat kepala budak kecil.

Lihat gambar di bawah:

TERAKAM GAMBAR HANTU KOPEK

TERAKAM GAMBAR HANTU KOPEK

MISTERI HANTU KOPEK PALM MALL SEREMBAN

HANTU KOPEK PALM MALL SEREMBAN

KISAH MISTERI HANTU KOPEK DI PALM MALL SEREMBAN | Palm Mall yang terletak di Seremban pada asalnya sebuah terbengkalai selama 10 tahun telah dibina semula menjadi pusat beli-belah kini menjadi sebutan orang ramai.

Semuanya bermula selepas khabar angin yang disebar oleh sebuah akhbar bahasa mandarin yang mendakwa munculnya kelibat yang tidak diingini di dalam tandas pusat beli-belah tersebut. Disebabkan dari kejadian itu, semua tandas di Palm Mall tidak dipasangkan cermin.

Ada yang mengatakan beberapa orang pengunjung yang menonton wayang di Palm Mall dimana rambut mereka diusik-usik oleh sesuatu. Tidak cukup dengan itu, kaki mereka juga seperti ditarik dari bawah.

KISAH HANTU KOPEK PALM MALL SEREMBAN

KISAH BENAR JIN TERTUA DI HUTAN NEGARA PAHANG

JIN TERTUA DI HUTAN NEGARA PAHANG

ANTARA JIN TERTUA TELAH DITEMUI DI HUTAN NEGARA PAHANG | Kewujudan jin iaitu makhluk yang turut menghuni muka bumi ini selain manusia tidak boleh dipertikaikan. Jom kita baca kisah benar kewujudan jin yang dipercayai antara yang tertua di Hutan Negara Pahang.

Assalamu'alaikum wrt. wbt.

Saya seorang penjinak jin. Daripada pengalaman kerja saya selama lebih 15 tahun, didapati usia jin berbeza-beza (kerana mereka juga beranak-pinak seperti kita dan ada yang berumur sangat lanjut) dan usia ini pula akan menentukan tahap keganasan, kegarangan, kematangan, kebijaksanaan dan kekuatan jin itu sewaktu berdepan dan berdiskusi dengan seorang penjinak jin seperti saya.

Di sini, saya dengan rendah hati dan rendah diri membuka thread baru ini untuk mengumpulkan maklumat seterusnya berkongsi pengetahuan dan mungkin kepakaran untuk membantu sesama manusia atau jin sendiri yang mengalami masalah dalam kehidupan alam yang perlu dikongsi ini. 

Saya akan maklumkan tarikh, masa dan tempatnya apabila berdiri secara rasmi sebuah pusat penjinakan jin. Apabila jin-jin itu sudah jinak dan sebahagian besarnya berjaya diIslamkan, nyata dan benarlah manusia itu sebaik-baik kejadian dan Khalifah Allah di muka bumi-Nya ini.

Baik, saya mulakan dahulu. Tuan-tuan yang ada ilmu dan pengalaman boleh bantu tambahpanjangkan perkongsian ilmu ini. Kepada para pemerhati, silakan bertanya dengan cara sopan dan bertatasusila;

1. Jin wanita dari utara India, 650,000 tahun, ditemui pada 21/06/2014.
2. Jin wanita dari Taman Negara Pahang, 500,000 tahun, ditemui pada 2009.
3. Jin lelaki dari Segitiga Bermuda, 450,000 tahun, ditemui pada 2007.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan sokongan anda kepada thread ini. Saya izinkan ia dishare di semua laman-laman sosial seperti facebook, twitter, instagram, whatsApp dan blog masing-masing dengan niat untuk mengangkat tahap keilmuan manusia setingkat lebih tinggi daripada yang sedia ada hari ini. Wallahu'alam!

Kisah Jin 1

- Jin ini bercakap bahasa Hindi pada awalnya.
- pesakit wanita ini tidak berniat untuk mendapat rawatan, sebaliknya yang berhubung dengan saya ialah adiknya yang hilang bayi dalam kandungan.

- sesi perkenalan sangat pantas, dia begitu agresif dan mahu bertarung fizikal dengan saya.

- menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada, saya tenangkan dan minta dia bekerjasama.

- dia sendiri yang memulakan perbincangan dan rundingan, saya banyak diam. Sesekali saya tegur jika dirasakan fakta yang dikemukakan tidak tepat.

- jin ini adalah belaan ibu mentuanya sendiri, tujuannya untuk memisahkan wanita tersebut dengan suaminya.

- makanan utama jin ini ialah asap daripada kemenyan yang dibawa dari India.

- jin ini mengaku dia kafir dan sudah terlalu banyak melakukan kejahatan. katanya tidak mungkin Allah akan ampunkan dia.

- saya katakan kepada jin itu bahawa rahmat Allah itu maha luas, insya-Allah dosa-dosanya pasti akan diampunkan.

- sekarang kami dalam proses seterusnya, saya sedang memujuknya untuk memikirkan kemungkinan positif iaitu saya mahu dia mati dalam keadaan Islam.

- maklumat tentang MH370; dia kesal kenapa manusia tidak betul-betul mencari sedangkan ilmu yang ada pada manusia mampu untuk menemukannya semula.

Kisah Jin 2

- kisah bermula daripada lawatan sambil belajar ke Taman Negara Pahang.
- kami menginap di sebuah resort yang agak terpencil.

- kumpulan kami ditempatkan di dua blok asrama, setiap blok ada beberapa buah dorm.

- sampai di sana, kami 'disambut' dengan 'black-out' - ini petanda bahawa jin di sini daripada jenis ifrit.
- semasa aktiviti 'night-walk', jin-jin di situ telah mula menampakkan diri. Keadaan masih terkawal.

- makan malam hari pertama saya simpan sedikit dan tutup dengan membaca basmalah. saya beritahu kawan, syaitan tak boleh usik makanan itu.

- pukul pagi, satu jin terbang masuk ke dorm saya. Landing betul-betul di katil sebelah. Saya kejutkan kawan di sebelah, tapi dia tidur mati.

- kawan di katil bawah menjerit, selimutnya ditarik sesuatu. Dia bertempik; "Allahu Akbar!" Barulah, selimut itu terlepas, dia jatuh.

- Saya kejutkan semua ahli rombongan. masa tu pukul 2.30 pagi. saya paksa semua bangun ke tandas. Ramai merungut-rungut, mereka tak faham.
- satu demi satu kes berlaku sepanjang 4 hari 3 malam kami di sana. Ingatkan ia akan berakhir di situ sahaja.

- kami pulang dan sebahagian peserta rupa-rupanya membawa pulang 'sesuatu'.
- melalui salah seorang peserta inilah, saya dapat berkenalan dan berbincang dengan jin dari Taman Negara tersebut.

- mereka tidak beragama, telh terkurung di resort tersebut sejak ia dibina kerana silap 'terpagar' sekali di dalam.

- komuniti mereka berkembang, makanan jadi semakin berkurang, ramai yang menderita kelaparan.

- mereka marahkan saya kerana membaca basmalah dan menutup makanan pada malam itu. Mereka langsung tidak dapat menyentuhnya.

- mereka minta saya bebaskan mereka daripada kurungan tersebut.

Kisah Jin 3

- Jin ini datang kepada saya dalam keadaan begitu letih akibat perjalanan yang jauh dan penuh halangan.
- Apabila ditanya, dia lebih banyak mendiamkan diri.

- Akhirnya saya mendapat idea untuk memberinya pen dan kertas. Dia mula bersetuju untuk memberi kerjasama.

- Dia tulis; Saya tak boleh bercakap, nanti 'Azazil dapat tahu di mana kedudukan saya.

- Dia tulis; Dah ribuan tahun saya 'dipaksa' bekerja di bawah kawalan dan pengawasan 'Azazil.
- Saya tanya, apa yang saya boleh bantu?

- Dia tulis; Selamatkan saya daripada cengkaman 'Azazil.

- Saya tanya, adakah Dajjal juga tahu yang kamu sudah melarikan diri ni?

- Dia tulis; Pasti, 'Azazil sangat rapat hubungannya dengan Dajjal.

- Saya tanya, kenapa kamu datang ke sini?

- Dia tulis; UFO 'Azazil selalu mengintip Malaysia. Dia dan Dajjal yakin orang yang mereka cari ada di sini. Saya pun begitu.

- Saya tanya, apa pekerjaan kamu di bawah kerajaan 'Azazil?

- Dia tulis; Saya ketuai sekumpulan saintis. Kami mencipta senjata sebagai persediaan untuk berperang.

- Saya tanya, apa hubungan kamu dengan 'Azazil sehingga dia lantik kamu jadi orang penting?

- Dia tulis; Saya anak saudaranya.

petikan di dalam majalah al- ustaz

Alam ghaib ialah suatu alam yang sangat gelap bagi manusia. Alam ini bukan hanya meliputi alam jin dan roh tetapi meliputu juga perkara berkaitan masa lalu dan masa hadapan. Hakikatnya, tiada yang lebih mengetahui tentang alam ghaib melainkan allah.

 Pun begitu, alam ini boleh diketahui oleh golongan manusia tertentu apabila Allah memberikan keizinan kepadanya.

Wallahuallam

MISTERI ALGERIE AH5017 HILANG DARI RADAR

LOKASI TERAKHIR ALGERIE AH5017

BERITA TERKINI PESAWAT AIR ALGERIA (ALGERIE) AH5017 HILANG DARI RADAR | Pada 24 Julai 2014, Syarikat penerbangan Air Algerie memaklumkan bahawa pesawat komersial yang membawa 110 penumpang telah terputus hubungan selepas 50 minit ia berlepas dari Ouagadougou Bukina Faso ke Algiers.

Menurut satu sumber, pesawat itu hilang hubungan apabila ia berada di ruang udara Mali ketika menghampiri sempadan Algeria.

Pada awal insiden, pesawat itu berada tidak jauh dari sempadan Algeria apabila anak-anak kapal telah diminta untuk mengubah arah kerana kadar penglihatan yang tidak baik dan untuk mencegah risiko berlanggar dengan pesawat lain di laluan Algiers-Bamako.

Sebaik sahaja mengubah laluan, hubungan pesawat dengan menara kawalan terputus. Nasib pesawat berkenaan masih tidak diketahui sehingga kini.

Lokasi Akhir Pesawat Algeria Hilang Dari Radar 24 Julai 2014

PUNCA ALGERIE AH5017 HILANG DARI RADAR

MISTERI KEHILANGAN ALGERIE AH5017

GAMBAR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

GAMBAR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA TERSEBAR | Gambar satu jenazah yang telah siap dikafankan tiba-tiba dibelit ular mulai tersebar di media sosial.

Terbayang dikepala, apakah dosa yang telah dilakukan si mati hingga jenazahnya jadi begitu, tambah pula dengan keadaan mukanya yang hitam berbanding warna tubuh badannya. Pasti ramai yang tertanya-tanya....

TANAH KUBUR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

TANAH KUBUR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

TANAH KUBUR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

TANAH KUBUR JENAZAH DIBELIT ULAR SAWA

Untuk info, gambar yang tersebar itu sebenarnya hanyalah sebahagian dari babak lakonan dari drama Tanah Kubur siri 45 yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan.

Semoga ia berjaya menimbulkan rasa gerun dan takut pada azab Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan. Ayuh kembali kepadaNYA.

BULATAN BENTUK MATA DI GURUN SAHARA

BULATAN BENTUK MATA DI GURUN SAHARA

MISTERI BULATAN BERBENTUK MATA DI TENGAH PADANG PASIR GURUN SAHARA | Gambar Bulatan misteri pekeliling terkemuka di padang pasir Sahara Mauritania telah menarik perhatian sejak misi angkasa terawal kerana ia membentuk seperti "mata" dalam dalam bentuk yang sangat besar di padang pasir.

Digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai seperti fosil outsized di padang pasir, struktur, yang mempunyai diameter hampir 30 kilometer, telah menjadi satu mercutanda bagi krew ulang-alik.

Pada mulanya ditafsirkan sebagai satu struktur impak meteorit kerana tahap yang tinggi bundar, ia kini dianggap sebagai meningkatkan simetri yang telah didedahkan oleh hakisan. Quartzites Paleozoic membentuk.

BULATAN BENTUK MATA DI GURUN SAHARA

BULATAN BENTUK MATA DI GURUN SAHARA