DR HARUN DIN MULA BERSUARA ISU BOMOH DAN MH370


DR HARUN DIN ULAS ISU BOMOH DAN PESAWAT MH370 | Dalam mengikuti perkembangan MH370 di dalam kuliah beliau, Dr Harun Din menasihati…

Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

KENAPA RASULULLAH MENEGAH MINUM BERDIRI


PUNCA SEBENAR KENAPA RASULULLAH MELARANG MINUM BERDIRI | Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum. Rasulullah SAW menegah kita minum berdiri.

Di antara sebab di larang minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani 

“Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dengan tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dengan keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”

Selain itu, ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan.

Apabila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

TERAPI AIR PUTIH: JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
(Surah Al-’Asr.)

NABI SULAIMAN AKUR KEPADA RAJA SEMUT

MAKA AKURLAH NABI SULAIMAN KEPADA RAJA SEMUT | Ketika sudah sampai khabaran kepada seluruh umat semut akan kehebatan kerajaan Nabi Sulaiman a.s. maka, Raja Semut pun membuat perkiraan mahu melakukan lawatan rasmi mengunjung hormat sebagai ketua kepada segala sang semut.

Oleh sebab Nabi Sulaiman dikira sebagai khalifah ketika itu, maka sang raja semut tidak mahu mengadap Nabi Sulaiman dengan tangan kosong selain mahu membawa buah tangan yang istimewa.

Maka setelah bersidang antara mereka lalu di putuskan bahawa kaki cengkerik akan dijadikan sebagai hadiah kepada Nabi Sulaiman sebagai tanda hormat dan kasih para sekelian komuniti semut kepada nabi Allah ini.

Maka berangkat lah Raja Semut untuk memulakan perjalanan mengadap Nabi Sulaiman,

Sememangnya kudrat sang semut boleh memikul barang yang berganda beratnya dari berat badan mereka sendiri.

Maka dipikullah kaki cengkerik itu dengan keadaan susah payah bagi selesaikan hajat sekelian semut menunjukan kesetian dan kasih sayang kepada nabi Allah ini.

Dalam susah payah perjalanan itu, maka sang angin telah menyaksikan keadaan ini lalu menyampaikan kabaran kepada Nabi Sulaiman bahawa ada makhluk Allah sedang memikul buah tangan dalam perjalanan yang agak jauh untuk mengadapnya.

Apa lagi Nabi Sulaiman pun memerintahkan angin dengan segela kelembutannya mengangkat sang raja semut untuk membawanya mengadap baginda.

Gambar hiasan.

Maka terletaklah Raja semut dihadapan Nabi Sulaiman.

Wahai sang semut, apakah hajat dan mahu kamu mengadap aku, sedang aku lihat kau bersusah payah datang kepadaku”.

Maka jawap raja semut ‘aku mahu menghadapmu sebagai tanda penghormatan ku kepada nabi Allah”.

Maka nyatalah Nabi Sulaiman begitu teruja akan hasrat raja semut itu, dan menyatakan ucapan terima kasihnya.

Sambil itu Raja semut berkata “aku bawa bersama ku satu buah tangan sebagai hadiah untuk kamu wahai nabi”. 

Apa kahitu wahai semut?” tanya Nabi Sulaiman, “ini adalah makanan mewah kami kaum semut ia itu kaki cengkerik” kata sang raja.

Lalu nabi Sulaiman pun tunduk melihat kaki cengkerik itu lalu berkata “untuk apalah kaki sekecil itu kepadaku wahai semut?’”

Sang Raja menjawap “ia itu hidangan makan bagi seluruh istana mu” Lalu Nabi Sulaiman menjawab, “apakah sekecil itu cukup untuk aku dan istanaku?”

Sang raja semut berkata “jangan kau perkecilkan bawakan ku kerana jika Allah memberkati apa yang aku bawa maka Allah juga mampu mencukupi dengan kuasaNya

Lalu nabi Sulaiman pun kerana mahu mengambil hati raja semut menitahkan pekerja istananya memasak kaki cengkerik itu walaupun dalam keadaan hairan dan kemustahilannya.

Setelah siap dimasak maka nabi Sulaiman pun menitahkan dihidang di atas tepak besar dan menjemput semua dalam istana memakan apa yang dibawa oleh sang semut itu.

Setelah semua pun makan dan merasakan keenakannya maka Nabi Sulaiman pun berasa bertambah taksub dengan kebesaran Allah dan keyakinan semut itu, kaki cengkerik amat sedap dan mengenyangkan tetapi masih ada lebihan lagi yang belum habis.Walau pun ia amat kecil.

Lalu akurlah nabi Sulaiman kepada kebesaran tuhan nya dan keyakinan semut itu.

2 perkara dapat dipelajari dari kisah ini.

1) Sang semut  membuat sesuatu dengan penuh kihlas dan keyakinan maka pasti ia akan diberkati Allah dan dia berjaya dalam misinya.

2) Jika Allah mahu menambahkan sesuatu siapa kita mahu menafikannya kerana Allah mampu membuat sesuatu yang kelihatan kecil dan sikit menjadi banyak.

“So God multiplies unto whom He will, God is All Embracing , All Knowing” The Cow:261

Selain itu jika kita tidak perlu membunuh semut usahlah kita membunuhnya, kerana semut tergolong dalam makhluk yang berzikir.

Bagi orang orang yang berilmu mereka dapat menjangka kan hujan akan turun dalam beberapa waktu tetap sebaik sahaja memerhatikan semut naik ke atas dahan ataupun pokok. Kerana semut adalah antara makhluk yang diberi petunjuk sebelum hujan turun.

(kisah dari Tafsir alQadi)

The Chulan

AKIBAT TIDAK MENJAGA MULUT DI TANAH SUCI


KISAH BENAR AKIBAT TIDAK MENJAGA MULUT DI TANAH SUCI | Saya memang mulut celupar membalas balik, kata saya, “pintu depan atau belakang sama saya kerana kita akan ke destinasi yang sama”. 

Taubat nasuha, sabar wajar jadi bekalan ke Tanah Suci

Tanah Suci Makkah adalah tempat untuk beribadat dengan penuh takzim dan rendah diri. Hati kita perlu bersih sebersihnya tanpa ada sekelumit pun rasa bangga diri, bongkak apatah lagi terlalu meninggi diri. 

Sebelum berangkat ke Tanah Suci amat perlu bertaubat sepenuh hati, insaf akan kesilapan diri atau dalam erti kata lain bermuhasabah diri sepenuhnya. 

Cerminlah diri sendiri, adakah kita bersih daripada segala penyakit hati seperti takbur dan suka berlagak seolah-olah kitalah paling hebat di dunia ini. 

Lihat di sekeliling kita, betapa kerdilnya kita berbanding kuasa Ilahi yang mencipta seluruh alam, sedangkan kita hanyalah insan yang serba-serbi kekurangan. 

Buat taubat nasuha 

Untuk itu sebelum berangkat pastikan diri sudah bertaubat nasuha, bersih daripada segala dosa dan lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaik mungkin. 

Selain mempelajari apakah rukun haji atau cara membuat umrah, amat perlu kita mempelajari budaya hidup di Makkah, bukan membabi- buta saja kerana silap langkah padah menanti. 

Pengalaman kali pertama ke Makkah bersama beberapa teman sepejabat amat berharga untuk saya mengambil iktibar daripadanya dan saya ingati selamanya. 

Selepas bersarapan pagi di hotel, saya bersama yang lain ke Tanaem untuk bermiqat dengan menaiki bas awam. Saya tersilap, ingatkan melalui pintu depan, sedangkan wanita perlu menggunakan pintu belakang. 

Ditegur pemandu bas 

Pemandu bas menegur saya dalam bahasa Arab yang tidak saya fahami, tetapi rasanya dia mengatakan wanita perlu menggunakan pintu belakang. Saya memang mulut celupar membalas balik, kata saya, “pintu depan atau belakang sama saya kerana kita akan ke destinasi yang sama”. 

Pak Arab itu lantas memarahi saya, jadi terpaksalah saya keluar semula dari bas itu dan memasuki pintu belakang khusus untuk wanita. Setiba di Tanaem, saya terpijak jubah saya sendiri lantas tersungkur, tak semena-mena, teman saya berkata, “itulah mulut tak reti nak jaga, ini Tanah Suci tau bukan Malaysia”. 

Lutut saya luka dan saya beristighfar banyak kali, baru saya sedar jahat mulut dapat balasan Allah sekelip mata saja, tak sampai setengah jam. 

Sejak itu saya bertaubat dan mematuhi apa saja peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi barulah saya dapat menunaikan ibadah sepenuhnya. 

Tetapi, itu sekali, kali kedua pula saya melalui jalan dari hotel ke Masjidil Haram, ramai peniaga memanggil “Ya Rahmah Ya Rahmah, belilah kapet kami”, mereka memang pandai berbahasa Melayu bila mahu menjual barang kepada rombongan Malaysia. 

Tak henti niaga waktu azan 

Dalam hati saya berkata, azan dah berbunyi mereka ni sibuk lagi berjual, tak sembahyang Maghrib ke? Malangnya beberapa langkah selepas itu, entah dari mana datangnya paku karat saya terpijak, tak pasal- pasal darah menitis di kaki saya, sarung kaki yang pakai dipenuhi darah. 

Aduh, sakitnya bukan kepalang, terdengkot-dengkot saya untuk ke Kaabah, tetapi melihatkan darah yang banyak saya terus ke telaga Zamzam membersihkannya. Ya Allah, saya cakap sendirian dalam hati Allah marah dan terus mendapat balasannya, lantas saya bertaubat dan tidak lagi celupar serta sentiasa rendah diri. 

Tidak cukup dengan itu, saya ditempatkan sebilik dengan nenek berusia 75 tahun dan seorang lagi 63 tahun yang benar-benar mencabar kesabaran saya. Banyaknya ragam yang ditunjukkan, dah tua kurang pendengaran. 

Semua ini saya dapat bertahan, kerana disiplin diri semakin baik. Setiap kali tiba waktu makan, saya sediakan makanan untuk mereka. Begitu juga bila mereka meminta saya membelikan barang keperluan atau cenderahati, susah payah saya pasti membelinya, mungkin naluri saya terhadap orang lebih tua amat tersentuh, malah saya sedih melihat mereka, seolah-olah terbayang di mata saya jika saya tua nanti, macam tulah agaknya. 

Atau memang tabiat asal saya gemar melayan orang tua kerana teringat datuk dan nenek yang sudah sekian lama pergi serta abah mahupun mak di kampung yang saya jaga selama ini. Saya pastikan mereka hidup aman sejahtera. 

Alhamdullillah, syukur kepada Allah, akhirnya umrah saya disempurnakan dengan baik dan dua kali dapat mengucup Harajul Aswad, sehingga masih teringat baunya hingga ke hari ini.

10 PERMINTAAN IBLIS YANG DIMAKBULKAN ALLAH


10 PERMINTAAN IBLIS YANG DIKABULKAN ALLAH S.W.T | 10 Permintaan Iblis Kepada Allah Swt adalah sebagai berikut:

1. Aku meminta agar Allah membiarkanku berkongsi alam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan " Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka (tetapi) tidaklah janji syaitan kecuali semua itu tipuan"(QS.Al Isra-64)

Aku akan makan dari harta yang tidak dizakatkan. Aku juga makan makanan haram yang bercampur dengan riba . Aku juga makan makanan yang tidak dibacakan atas nama Allah 

2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang-orang yang berhubungan (bersetubuh) dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah. Syaitan akan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar aku boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan yang berjalan tidak untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi/tandas sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan sya'ir ( dari penyair) sebagai qur'anku.

7. Aku meminta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku meminta agar Allah memberikanku saudara, iaitu orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat . Allah berfirman "Orang yang boros adalah saudara-saudara syaitan."
(QS.Al Isra' 27)

9. Aku minta agar Allah membuatku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat
melihatku. (dengan seizin Allah hanya sebahagian sahaja yang boleh melihat iblis)

10. Aku meminta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab " silakan " dan aku bangga dengan kemampuan tersebut hingga hari kiamat. sebahagian besar manusia bersamaku dihari kiamat.

PANDUAN SOLAT UNTUK ORANG SAKIT

PANDUAN SOLAT UNTUK PESAKIT | Siapapun kita, pasti suatu hari nanti akan sakit dan tidak berupaya bersolat mengikut cara orang normal. Berikut diberikan cara dan panduan solat untuk orang yang kurang mampu.

ORANG PERTAMA DALAM AGAMA ISLAM


30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM | Pasti anda tertanya-tanya, siapakah orang pertama dalam agama islam. Berikut disenaraikan 30 orang pertama dalam islam.

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

sumber: http://bm.harakahdaily.net

JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP KAUM HAWA


JANJI DAN SUMPAH IBLIS TERHADAP WANITA | Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. 

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan 

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). 

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. 

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. 

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?" 

2. Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. 

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." 

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 

3. Berpakaian tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. 

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 

4. Agak Terbuka Sedikit 

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." 

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 

5. Tudung Semakin Kecil 

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". 

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 

6. Terdedah 

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya. 

7. Membuka Seluruh 

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" 

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. 

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. 

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? 

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. 

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. 

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. 

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. 

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! 

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Sumber : www.iluvislam.com

Kisah Benar Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan


Kisah Benar Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan | Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.

"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.

Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.

Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa herannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya."Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

:: Wallahua'lam Bishawab ::